Bapa Nurly Sahirah buat rakan-rakan sebak, kesat air mata & beri kata-kata semangat. 'Baru tahu kelembutan & ketenanganmu datang dari mana...'

No Image Caption
A
A
A

PENGEBUMIAN jenazah penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan ngeri bas meruntun hati warga maya. 

Tangisan pilu ahli keluarga yang kehilangan anak harapan keluarga dalam sekelip mata begitu menghiris perasaan.

Tular sepotong video yang memaparkan bapa salah seorang mangsa, Nurly Shahirah Azman, 23 sehingga menjadi perhatian warganet.

Lelaki itu sempat mengesat air mata dan memberikan kata-kata semangat buat rakan-rakan Allahyarham yang hadir.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

 

"Relaks dan buang air mata. Sabarlah dan simpan," ujarnya menarik nafas melegakan sebak di dada.

 
Video yang dimuat naik sahabat Allahyarham dikenali sebagai Azizah itu menyentuh hati ramai.

"Nurly, ayahmu hebat sangat-sangat. Baru aku tahu kelembutan dan ketenangan dirimu datang dari mana. 

"Kami sayang kau tapi ALLAH lebih sayangkan kau. Kami akan cuba teruskan perjuangan ijazah ni walaupun sudah tak sama tanpamu. 

No Image Caption



"Aduh sudah tiada orang nak anxiety sekali sebelum masuk kelas Final Year Project selepas ini," titipnya.



Warganet turut meluahkan rasa sebak dan terharu melihat ketabahan bapa Nurly. Ujar mereka;

"Allahuakbar kuatnya hati dan jiwa pak cik ni. Dia sedih dalam masa sama tetap senyum dan kuatkan orang lain. Al-Fatihah untuk arwah."

"Percayalah, setenang-tenang riak wajah ayah arwah tapi dalam diam dia menyimpan 1001 kesedihan yang tidak ditunjukkan. Masya-ALLAH hebat pak cik ni, semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang beriman."

"Ayahnya tahu anaknya seorang hafizah yang telah dijemput ALLAH dalam keadaan husnul khatimah. Meninggal dalam keadaan sedang memeluk al-Quran, dalam perjalanan pulang untuk pergi menuntut ilmu. Dalam pada rasa sedih, ayahnya juga bangga dengan anaknya pergi dalam keadaan bersih dan dijanjikan syurga serta berbahagia di alam barzakh sana kerana ada al-Quran yang akan menemani anaknya sehingga hari kiamat."

"ALLAH hendak haknya kembali. Sesungguhnya arwah adalah saksi bahawa ibu bapanya berjaya mendidik arwah menjadi hafizah yang akan menarik keduanya ke jannah. Allahuakbar."

"Anugerah daripada ALLAH. Orang berilmu begitulah. Sentiasa bersabar dan reda dengan ALLAH."

"Semoga ALLAH mengurniakan pahala berlipat kali ganda kepada pak cik dan keluarga atas kesabaran menghadapi ujian yang sangat berat ini."

No Image Caption



Nurly Sahirah terdahulu menjadi perhatian ramai selepas meninggal dunia dalam keadaan memeluk al-Quran.

Abangnya mendedahkan anak bongsu dalam keluarga tersebut seorang hafiz 30 juzuk al-Quran dan sangat mencintai kitab suci itu. Malah Nurly mempunyai rutin membacanya setiap malam sejak kecil.

Biarpun sudah bergelar hafiz, Allahyarham yang tekun, sentiasa mengulang bacaan (murajaah) dan menyalin al-Quran untuk menguatkan ingatan terhadap hafalannya.

Malah abangnya menerima maklumat tempat kejadian kemalangan berbau wangi.

Para guru-guru Sekolah Menengah Imtiaz Besut juga memuji bekas pelajar mereka sebagai seorang yang menjaga hafalan al-Quran biarpun sudah bergelar hafiz selain pintar dan sopan tutur katanya.

Sekadar makluman, jenazah Nurly Sahirah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gong Pasir, Jerteh pada 4 pagi, Selasa selepas disolatkan bersama 12 lagi jenazah pelajar UPSI lain oleh kira-kira 3,000 jemaah di Masjid Hadhari, Jerteh.

Sumber: Thread

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang