Beberapa suspek buli Zara Qairina akan dituduh - Peguam Negara

 Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar. (Gambar kecil: Zara Qairina)
Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar. (Gambar kecil: Zara Qairina)
A
A
A

JABATAN Peguam Negara (AGC) telah meneliti kertas siasatan kes kematian Zara Qairina yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan telah membuat keputusan untuk menuduh beberapa orang suspek yang terlibat dalam kes buli tersebut, berdasarkan keterangan yang tersedia.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada keterangan yang ada hasil penelitian kertas siasatan yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian pelajar berusia 13 tahun itu.

Berikut lima info penting berkaitan proses undang-undang itu:

1-Suspek buli Zara Qairina bakal menghadapi tuduhan Jabatan Peguam Negara  selepas badan kehakiman itu meneliti kertas siasatan kes kematian Zara Qairina yang dirujuk oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

No Image Caption

2-Pihaknya telah membuat keputusan untuk menuduh beberapa orang suspek yang terlibat dalam kes buli Zara Qairina berdasarkan keterangan yang ada.

3- AGC menegaskan, walaupun keputusan untuk menuduh suspek- suspek bagi kesalahan buli yang dibuat, namun keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang masih dijalankan oleh pihak PDRM berhubung kes kematian remaja berkenaan.

4-Ia termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah.

Artikel Berkaitan:

5-Seramai lima remaja berusia bawah 18 tahun akan didakwa di Mahkamah Kanak-kanak Kota Kinabalu, Sabah berhubung kes buli pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan kes Zara Qairina  dikaitkan dengan unsur buli, pengabaian dan gangguan seksual.

No Image Caption

Pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah kebangsaan agama di Papar, Sabah itu dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sekolah agama pada 16 Julai lalu.

Remaja itu kemudian ditemui tidak sedarkan diri berdekatan longkang berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Prosedur bedah siasatan Siasatan ke atas jenazah telah selesai pada 10 Ogos lalu selepas prosedur ekshumasi dilaksanakan sehari sebelumnya.

Bedah siasat dijalankan Ahad lalu atas permintaan polis, disertai tiga doktor dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang dan Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu.

Sumber:Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang