Pemandu van jenazah menangis, kongsi momen kubur Zara Qairina digali semula .'Kami sedia kutip isi tetapi...'
PROSES penggalian semula jenazah pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir menjadi perhatian seluruh pelosok negara.
Lebih memilukan seorang yang mendakwa menyaksikan keadaan jasad Allahyarham Zara Qairina yang masih utuh walaupun sudah dikuburkan kira-kira tiga minggu lalu.
Tidak ketinggalan, seorang lelaki dipercayai pemandu van jenazah merangkap penggali kubur ketika proses ekshumasi itu turut mengatakan perkara yang sama.
25 hari selepas meninggal dunia, jenazahnya dikeluarkan dari liang lahad dalam keadaan jasad masih elok. Keadaan itu mengejutkan lelaki berkenaan.
Dari awal jenazah arwah zara dikeluarkan dari liang, betapa ALLAH menjaga yang mana jasadnya masih utuh biarpun sudah meninggal dunia selepas tiga minggu.
Memulakan penggalian selepas menerima taklimat, mereka dimaklumkan untuk mengutip isi jenazah yang ditemui tanpa mengira keadaan dan rupanya.

"Contohnya, kain jika sudah terbuka atau melekat ke tanah. Paling tidak, kain dengan isi akan bercantum dengan tanah.
"Cecair dari badan akan keluar, ini dari segi sains dan secara logiknya.
"Namun apabila dikeluarkan (jenazah Zara) ia masih satu set (kain yang membalut tubuh arwah bersama jasad arwah).
"Saya sudah menangis, ALLAH. Tapi cerita yang baik," kongsinya.
Hantaran berkenaan menerima pelbagai reaksi warganet yang rata-rata terharu dan menginsafi diri.
"Jangankan tiga minggu, kalau dua tiga hari sudah pasti jenazah sudah berubah. Inikan pula yang sudah lebih 20 hari masih utuh. Kuasa ALLAH yang Maha Besar."

"Reaksi orang di kubur tiada yang menutup hidung bermaksud jenazahnya tidak berbau dan dakwaan jenazah masih utuh tu saya yakin benar. Tiada yang mustahil apabila ALLAH berkehendak..
"Sebelum proses keluarkan jenazah dari liang lahad naluri saya berkata jasad arwah masih sempurna. Alhamdulillah, arwah anak yang baik, ALLAH pelihara."
"Kamu anak yang baik, betapa ALLAH memuliakan kamu. Syurga tempatmu Zara. Kami semua mendoakan semoga keadilan berpihak kepadamu."
Terdahulu, proses menggali kubur Zara mengambil masa hampir dua jam iaitu dipercayai bermula sekitar jam 5.30 petang dan selesai pada jam 7.15 malam Sabtu.

Jenazah Zara Qairina dibawa keluar dari kawasan tanah perkuburan menggunakan trak polis dan seterusnya dibawa ke Hospita Queen Elizabeth I (HQEI) dan dibedah siasat dari jam 11 pagi hingga 7 malam Ahad.
Proses tersebut dilaksanakan oleh Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan turut disaksikan oleh beberapa pihak lain termasuk peguam Shahlan Jufri yang mewakili Noraidah Lamat, 45, iaitu ibu kepada Zara Qairina.
Kemungkinan satu inkues (siasatan rasmi mengenai punca sebenar kematian) akan diadakan bagi menyiasat punca kematian bergantung kepada keputusan penuh laporan bedah siasat yang akan diperoleh nanti.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
