Buka kedai dobi dengan duit royalti, Ina Naim tunai hasrat arwah Suhaimi. 'Jangan cakap suami tak beli mesin basuh'

No Image Caption
A
A
A

GEMBIRA dan terharu. Itu ungkapan yang sesuai mengggambarkan perasaan Ina Naim bila mana dapat merealisasikan hasrat arwah suaminya untuk membuka dobi di kampung terletak di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Dalam satu sesi langsung di TikTok baru-baru ini, ibu kepada empat cahaya mata itu memberitahu, modal bagi memulakan bisnes kecil-kecilan tersebut adalah hasil daripada duit royalti arwah.

No Image Caption

"Duit royalti arwah saya tidak guna sewenang-wenang untuk berseronok. Tetapi, saya membuka dobi kerana duit itu akan sentiasa berkembang.

"Sejak 2009 lagi, arwah ada bercita-cita untuk membuka kedai dobi di kampung. Dan kini ia sudah menjadi kenyataan meskipun arwah sudah tiada," ungkap pemilik nama sebenar, Nordiana Mohd Naim itu lagi.

Wanita berusia 40 tahun itu memberitahu, selain berniaga kopi, sabun dan koko, dengan bantuan YANG MAHA ESA, beliau tidak perlu pergi ke dobi.

"Saya sendiri sudah membuka dobi. Jadi, jangan tanya mesin basuh mana.

"Ini mesin basuh banyak. Selepas ini jangan tanya lagi. Jangan cakap suami saya tidak beli mesin basuh, tidak beli itu, tidak beli ini. Saya sekarang sudah buka dobi di kampung," katanya lagi.

Pada masa sama, Ina turut melahirkan rasa syukur kerana rezeki mereka sekeluarga tidak putus-putus terutama apabila musim hujan.

No Image Caption

"Ada sahaja orang hantar pakaian termasuk pihak masjid yang mahu mencuci sejadah dan telekung.

"Selain itu, ada juga sekolah menghantar alas meja guru dan langsir untuk dibasuh," ujarnya.

Terdahulu, Allahyarham Suhaimi meninggal dunia pada November tahun lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang