Cikgu Istiqomah pemurah, sanggup pinjamkan wang kepada kenalan. Gelang pemberian nenek turut lesap

No Image Caption
A
A
A

KEMATIAN tragis guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi cukup menyayat hati. Lapan bulan hilang ditemui dalam keadaan mayat tidak lengkap, beliau adalah mangsa dipercayai dianiaya selepas membantu suspek kerana kemurahan hatinya.

Perkara itu didedahkan suaminya, Mohd Yusoff Mokhtar, 35. Jelasnya, arwah seorang yang suka membantu dan bersikap pemurah termasuk dalam kalangan rakan.

Malah, arwah juga pernah membuat pinjaman bank berjumlah RM19,400 dipercayai untuk dipinjamkan kepada rakan lelakinya itu pada September tahun lalu, beberapa bulan sebelum arwah dilaporkan hilang.

KENALI SUSPEK 8 TAHUN LALU

Menurutnya lagi, kenalan lelaki berkenaan dikenali arwah sejak lapan tahun lalu ketika melanjutkan pengajian di institut pendidikan guru mengajak untuk menyertai satu perniagaan sebelum mangsa menyerahkan wang berkenaan kepada individu terbabit.

"Kawannya itu tiba-tiba muncul sebelum Istiqomah yang terkenal dengan sikap pemurahnya membuat pinjaman bank dan menyerahkan sejumlah RM19,400 kepada lelaki itu.

Artikel Berkaitan:

"Sedih dan luluh hati saya bila dapat tahu isteri tersayang yang hilang sejak lapan bulan lalu ditemukan dalam keadaan menyayat hati dan tragis," kata Mohd Yusoff.

"Rakannya itu ada membuat bayaran balik sebanyak RM371 pada bulan berikutnya sebelum mengajak Istiqomah untuk berjumpa," kata Mohd Yusoff.

Jelasnya, pertemuan itu dipercayai untuk mengajak Istiqomah menambah pelaburan, namun guru berkenaan menolak.

Malah ketika itu, Cikgu Istiqmah didakwa memakai seutas gelang tangan emas pemberian arwah neneknya yang dianggarkan bernilai RM40,000.

"Sedih dan luluh hati saya bila dapat tahu isteri tersayang yang hilang sejak lapan bulan lalu ditemukan dalam keadaan menyayat hati dan tragis.

No Image Caption

"Malah gelang tangan yang dipakai isteri turut hilang dalam kejadian itu," katanya lagi.

BERKAITAN URUS NIAGA MATA WANG ASING

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, suspek berusia 37 tahun dan telah berkahwin direman sejak 6 Ogos lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pihaknya juga mengesyaki suspek terlibat dalam pembunuhan Cikgu Istiqomah dipercayai berhubung dengan mangsa kerana urusan pelaburan pertukaran mata wang asing (Forex).

Perintah reman sehingga Isnin depan terhadap lelaki berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Dr Teoh Shu Yee.

Sebelum ini suspek bersama isterinya berusia 36 tahun direman bermula 6 hingga 12 Ogos lalu sebelum isterinya dibebaskan pada Isnin dengan jaminan polis.

Lokasi penemuan mayat di di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.
Lokasi penemuan mayat di di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka.

Mohd Yusoff mendakwa suspek mengajak isterinya menyertai satu perniagaan sebelum mangsa menyerahkan wang berkenaan kepada individu terbabit.

Terdahulu, SinarPlus melaporkan yang mayat ditemukan dengan hanya beralaskan kain merah selain kepala, kedua-dua belah kaki hingga ke paras lutut dan tangan dipercayai telah dipotong di di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang, Alor Gajah adalah milik guru berkenaan yang hilang sejak 23 Disember 2023.

Penahanan suspek utama itu pada 6 Disember membawa kepada penemuan beberapa bahagian lagi anggota badan mangsa termasuk tulang jari dan kepala di kawasan sekitar 6 kilometer dari tempat mayat mangsa dijumpai.

Takziah buat keluarga Cikgu Istiqomah. Kepada wanita, berwaspadalah dengan orang sekeliling. Semoga ALLAH melindungi!

Sumber: Sinar Harian 1,2

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang