Cita-cita perenang negara terkubur, ibu dakwa anak ditampar, ditumbuk guru hingga gegar salur telinga, sakit kepala & hidung kerap berdarah. 'Janganlah lepas tangan...'

No Image Caption
A
A
A

IBU mana yang tega melihat anaknya disakiti. Baharu berusia 11 tahun tubuh kecil Amirul Akil Mohd Izzat Emir terpaksa melupakan karier sebagai perenang negara.

Sebagai atlet yang terpilih mewakili Malaysia ke Sukan Sea dan Sukma dan berpotensi besar menjadi atlet kebanggaan negara, namun impiannya hampir musnah akibat ditampar dan dipukul guru sendiri.

Menurut ibu, Syahmina Mohd Azim, beliau dan suami sangat kecewa dengan apa yang terjadi kepada Amirul Akil pada 10 Disember lalu hingga menjejaskan masa depan.

"Hari ni, anak kecil usia 11tahun terpaksa melupakan dan mengorbankan semangat dan harapan dalam sukan renang.

"Anak kecil yang mewakili Kerian, Perak dan satu-satunya yang melepasi masa kebangsaan dan mempunyai ID Malaysia dalam acara akuatik renang menggugurkan airmata kecewa setelah setengah tahun menjalani latihan yang sangat intensif, ‘high impact’ dan telah berjaya melayakkan diri untuk capai masa yang jurulatih tetapkan.

No Image Caption

"Kecundang dan terpaksa melupakan hasrat tersebut dengan sekelip mata sahaja kerana setiap kali berenang, hilang imbangan, hidung berdarah, kepala sakit, telinga berdengung.

Artikel Berkaitan:

"Jurulatih-jurulatih sangat kecewa kejadian ni berlaku kerana Amirul Akil sudah berikan terpaling baik untuk menjulang kemenangan dan melakukan persediaan awal dan rapi untuk hari pertarungan demi lencana malaysia! Begitu sahaja hancurnya," kongsinya.

Ibu berkenaan juga menceritakan kronologi yang berlaku kepada cahaya matanya sehingga mengalami keadaan dinamakan cochlear concusion.

"Kejadian berlaku pada 10 Disember 2024 apabila Amirul Akil telah dicederakan oleh seorang guru di sekolahnya.

No Image Caption

"Laporan polis telah dibuat. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan.

"Anak saya selepas muntah tidak berhenti, sakit kepala, hidung berdarah hingga tiga hari selepas kejadian," titip si ibu.

Beliau juga berkongsi keadaan Amirul Akil selepas dirujuk kepada pakar. Rupanya kecederaan yang dialami bukan kepalang.

"Kami dapatkan rawatan dekat specialist doktor. Hidung berdarah disebabkan darah beku di sekeliling telinga di bawah kulit.

"Sakit kepala, muntah dan demam sebab bengkak saraf serta cedera di kebanyakan tisu lembut (multiple soft tissue injury).

No Image Caption

"Bahagian bengkak pula pada pipi kanan, telinga kanan, belakang telinga kanan, belakang kepala dan tengkuk.

"Rahang kanan Amirul Akil bengkak menyebabkan dia sukar dan sakit untuk mengunyah makanan hingga terjadi gula rendah dalam darah kerana kurang makan.

"Selepas beberapa hari alami masalah yang sama kami bawa pulak ke Hospital Taiping. Alhamdulillah lega bila buat prosedur imbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan X-ray kali kedua, tiada lagi dijumpai apa-apa yang tidak normal.

"Susulan itu Amirul Akil tidak dapat hadir pertandingan mengikut jadual yang ditetapkan. Kos latihan dan jurulatih mencecah ribuan ringgit," ujarnya

Tidak tega melihat darah daging menderita, Syahmina berjanji terus berjuang mendapatkan keadilan.

Sementelah kesihatan buah hatinya semakin membimbangkan.

No Image Caption

"Demi untuk pembelaan ke atas anak kami sendiri saya tidak berhenti disitu.

"Keadaan kesihatan Amirul Akil makin hari makin merosot. Juga sebulan dah tak ke sekolah.

"Hingga Isnin 13 Januari lalu kami terpaksa juga bawanya ke Hospital Taiping kerana muntah yang tak berhenti, kepala sakit, telinga berdengung.

"Dia sendiri minta bawa ke hospital kerana tidak mampu lagi untuk bertahan.

No Image Caption

"Sesampainya kami di Unit Kecemasan, suhu naik sampai 39.4 Celcius. Kami terkejut sedangkan dia langsung tidak demam waktu dalam perjalanan.

"Selepas diperiksa dan diteliti doktor beritahu simptom dan gejala dialami Amirul Akil tiada ubat.

"Ia hanya boleh diredakan sahaja. Kesan tamparan dan tumbukan tersebut menjadikan gegaran di salur separuh bulat telinga(cochlear concussion) sama simptom macam gegaran otak.

"Ia boleh baik namun ambil masa yang agak lama atau kemungkinan besar tidak baik sama sekali.

No Image Caption

"Patutla kadang-kadang dia berjalan elok, kadang-kadang terhoyong hayang langgar segala perabot dirumah. Belum lagi sakit kepala yang tak pernah berhenti, hidung yang kerap berdarah," kongsinya.

Tidak hanya berserah kepada takdir, ibu ini terus berusaha agar nasib Amirul Akil terbela dan ada keadilan atas segala kekerasan yang dilakukan kepada anak lelakinya itu.

"Ya ALLAH gugur jantung ni. Air mata emak ini saya tidak mampu sekat lagi. Menangis memikirkan masa depan anak aku sendiri. Sebagai perenang, itu adalah anggota badan yang sangat sensitif.

"Silap haribulan boleh blackout dalam air dan meninggal.

"Semoga anak aku mendapat keadilan yang sewajarnya.

Jika ada rasa simpati, mohon pihak yang terlibat menunjukkan rasa bertanggung awab sesama insan.

"Janganlah lepas tangan," kongsinya.

Sayang sekali bakat yang dimiliki anak kecil ini, bimbang cita-cita sebagai perenang harapan terkubur begitu sahaja.

Sama-sama kita doakan agar nasib Amirul Akil terbela dan kesihatannya kembali seperti sedia kala.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang