Lima bulan koma akibat lemas kolam, Umar pergi selamanya. 'Selamat tinggal anak syurga ibu'
SI kecil yang terlantar sejak lebih empat bulan akibat insiden lemas di sebuah kolam, Che Umar Rais Che Fairollah kini sudah tiada.
Pilu hati penulis menerima berita ini sementelah baharu semalam kami berkongsi artikel mengenai penderitaan Umar.
Menurut ibu, Nurul Izzati Barni, 30, anak kesayangannya itu meninggal dunia kira-kira pukul 12.11 tengah hari tadi.
Difahamkan, terdahulu kesihatan Umar merosot kira-kira pukul 11 pagi apabila jantungnya menjadi lemah.
"Doktor melakukan pelbagai cara untuk memulihkan Umar, namun ALLAH SWT lebih sayangkan dia.
“Jantungnya terhenti pada pukul 12.11 tengah hari. Saya tergamam namun reda andai inilah ketentuan Allah SWT,” katanya.
Sedih dengan pemergian Umar, jauh di sudut hati Nurul Izzati reda dengan kehilangan anak bongsunya itu.
"Selamat tinggal anak syurga ibu. Berehatlah sayang.
"Umar sudah penat berjuang untuk ibu. Terima kasih atas perjuangan yang anak ibu perjuangkan.
"Umar sudah tidak sakit. Al-Fatihah buat anak syurga ibu," katanya.
Menurutnya, jenazah anaknya itu dikebumikan di kampungnya di Tebengau, Alor Setar, Kedah hari ini selepas urusan bedah siasat selesai.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang