Demi anak dikandung, Siti Jamumall tak tolak kembali bersama Aiman, perlu restu wali. 'Untuk balik semula kepadanya mungkin...'

No Image Caption
A
A
A

PERCERAIAN pempengaruh dan usahawan Siti Jamumall menjadi perhatian. Masih dalam tempoh iddah, pemilik nama Siti Suriani Wahiddin, 26, itu meluahkan sedia untuk kembali sebagai pasangan suami isteri dengan bekas suami, Khairul Aiman Abdul Kudus, 22.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok yang dimuat naik semula pengguna @eiyjal, Siti mengenang kebaikan Aiman terhadapnya.

"Walau apapun, ada benda baik yang Aiman pernah buat dekat saya dan saya tidak akan pernah lupa.

"Saya pandang kebaikan dia sahaja, apa pun yang pernah terjadi semuanya saya maafkan dan lupakan.

"Tapi untuk balik semula kepadanya mungkin memakan masa. Mungkin sebab perkahwinan itu mudah, bila bercerai dan rujuk juga mudah jadi melafazkan (talak) pun mudah," katanya.

Influencer yang sedang hamil lima bulan itu juga terbuka andai beliau dan Aiman kembali bergelar suami isteri namun meletakkan syarat hubungan mereka direstui bapanya.

"Sebelum ini saya kahwin keluarga saya menentang. Tetapi kalau dia nak bersatu semula demi kebaikan anak-anak saya okay sahaja cuma dia kena dapatkan restu daripada wali.

"Ayah saya masih hidup, jadi dia kena dapatkan restu dia.

Artikel Berkaitan:

"Kalau dia boleh dapatkan restu, insya-ALLAH dia akan belajar bersabar macam mana ayah saya bersabar membesarkan saya," tutur Siti.

No Image Caption

Dalam siaran langsung yang sama, Siti juga menyatakan idea berkenaan banyak didorong demi anak-anak terutama si kecil dalam kandungannya.

"Saya fikir panjang. Saya tak fikirkan diri sendiri sahaja sebab anak yang dikandung ini anak perempuan. Macam mana pun nanti dia akan cari ayahnya.

"Kalau tidak boleh kembali bersama, teruskan sahaja kehidupan macam biasa.

"Saya pun tak tahu boleh rujuk atau tidak," katanya.

Imbas kembali, Siti dan Aiman bercerai selepas Aiman melafazkan talak dua ketika sesi siaran langsung di TikTok selepas berlaku pertengkaran.

Pada 9 Mei lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu Siti mengaku bercerai dengan Aiman ketika hamil tiga bulan namun mereka kembali rujuk ketika usia kandungan berusia lima bulan.

Rujuk berkenaan dilakukan sebaik sahaja pengesahan lafaz cerai dilakukan mahkamah.

No Image Caption

Terdahulu, info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai pada 2022.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 6, dan Putra Aiman Zafran, 4.

Siti kemudian bertemu jodoh dengan Aiman dan diijab kabul Satun, Thailand pada 1 Jun 2024.

Bagaimanapun, difahamkan pasangan itu masih menunggu pengesahan status perceraian dari mahkamah.

Tiada rujuk bagi pasangan bercerai talak tiga

Memetik Maktabah Albakri, seorang lelaki itu boleh mengahwini bekas isteri yang diceraikan dengan talak tiga selepas memenuhi beberapa ketetapan yang telah ditetapkan oleh syarak seperti berikut:

1-Iddah bersama bekas suami yang menceraikan isterinya telah tamat.

2-Selepas selesai iddah, bekas isteri perlu berkahwin bersama lelaki lain dengan akad yang sah.

3-Bekas isteri melakukan hubungan intim bersama suami baharunya dengan persetubuhan yang sebenar.

4-Bercerai bersama suami baharu.

5-Iddahnya dengan suami baru telah selesai.

Hal demikian telah dinyatakan dalam firman ALLAH SWT:

فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا تَحِلُّ لَهُ مِن بَعْدُ حَتَّىٰ تَنكِحَ زَوْجًا غَيْرَهُ ۗ فَإِن طَلَّقَهَا فَلَا جُنَاحَ عَلَيْهِمَا أَن يَتَرَاجَعَا إِن ظَنَّا أَن يُقِيمَا حُدُودَ اللَّـهِ ۗ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّـهِ يُبَيِّنُهَا لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ

Maksudnya: Sesudah (diceraikan dua kali) itu, jika diceraikan pula (bagi kali yang ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu, sehingga ia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu kalau ia diceraikan (oleh suami baharu itu dan habis idahnya), maka mereka berdua (suami lama dan bekas isterinya) tidaklah berdosa untuk kembali (maskahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah SWT dan itulah aturan-aturan hukum ALLAH SWT, diterangkannya kepada kaum yang (mahu) mengetahui dan memahaminya.

Imam al-Syafie mengatakan bahawa firman ALLAH di atas menjelaskan terdapat perbezaan di antara talak satu atau dua dengan talak tiga.

Hal ini kerana, wanita yang ditalak dengan talak satu dan dua, boleh dirujuk semula. Berbeza dengan keadaan sekiranya ditalak dengan talak tiga, haram ke atas lelaki tersebut untuk menikahi semula wanita tersebut sehinggalah wanita tersebut bernikah dengan lelaki lain terlebih dahulu.

Selagi wanita yang diceraikan dengan talak tiga oleh bekas suaminya tidak berkahwin dengan orang lain, maka kekal hukum haramnya untuk bernikah dengan lelaki tersebut.

Ia yang membezakan antara talak satu atau dua dengan talak tiga. Tidak boleh diqiyaskan perkara yang sudah jelas pengharaman dengan yang tidak diharamkan, kerana talak satu dan dua tidak diharamkan untuk lelaki tersebut untuk kembali kepada isterinya.

Sumber: Maktabah Albakri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang