'Dia pernah suruh saya tinggalkan...' Terima jodoh lelaki sakit saraf tunjang, Jawaher mengaku tidak mampu hidup tanpa Zainizam

No Image Caption
A
A
A

LAMBANG cinta sejati, perkahwinan pasangan istimewa ini tular di laman sosial.

Masakan tidak, pengantin perempuan dikenali sebagai Jawaher malu-malu dan terharu semasa upacara menyarungkan cincin oleh suaminya, Muhammad Zainizam.

Biarpun lelaki itu sudah lima tahun terlantar dan kehilangan upaya, perkenalan mereka selama 14 tahun sejak 2014 berakhir di jenjang pelamin.

Malah pasangan yang dijab kabul pada 25 Disember lalu menjadi tular di laman sosial TikTok selepas video berkenaan dimuat naik rakan Jawaher.

No Image Caption



Menerusi sebuah temu ramah stesen radio, Jawaher menjelaskan Muhammad Zainizam atau lebih dikenali sebagai Mat Jeni mengalami kecederaan saraf tunjang pada 2010 kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.

"Dalam kemalangan jalan raya itu, yang mana motosikal ditunggang suami terbabas dan mengakibatkan kecederaan

"Lepas tu dia ada cervicalsublaction. Kemudian dia bedridden (berehat di katil kerana sakit) selama setahun dan kemudian kembali sihat.

"Dia kemudian sembuh boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Cuma dia tak boleh buat kerja-kerja berat,” ujar Jawaher.

Artikel Berkaitan:


Bagaimanapun katanya, keadaan Zainizam berubah selepas satu insiden pada tahun 2019.

Lelaki dicintainya itu terlantar sejak lima tahun lalu selepas terjatuh dalam bilik air.

No Image Caption



Katanya, Zainizam pernah menjalani pembedahan dan rawatan fisioterapi namun tahap kecederaan menghalang.

"Ia sangat berisiko kerana cedera yang dialami suami terlalu dekat dengan saraf tunjang dan otak.

Menggalas tanggungjawab sebagai isteri, Jawaher kini menguruskan Zainizam walaupun lelaki itu mampu melakukan beberapa rutin harian sendiri.

"Suami mampu makan sendiri. Manakala untuk mandi dan membersihkan diri, suami boleh lakukan sendiri cuma perlu ada orang membantu mengangkatnya ke kerusi roda.

"Tangannya sebelah okay tetapi sebelah lagi lemah sedikit," kongsi Jawaher.

Menjawab pertanyaan warganet mengenai keputusannya berkahwin dengan Zainizam, wanita itu mengakui tidak mampu hidup tanpa lelaki itu.

"Saya pun tak tahu hendak terangkan bagaimana. Saya memang tidak boleh kalau dia tiada.

"Selepas sakit, dia pernah suruh saya tinggalkannya. Dia tidak mahu mementingkan diri sendiri tetapi saya tidak boleh.

"Jadi saya teruskan dengannya," kongsinya.

Benarlah kata orang, soal jodoh, ajal maut dan rezeki itu sememangnya cuma Yang Maha Esa sahaja lebih tahu.

Kalau sudah ditakdirkan bersama, pasti tidak akan ke mana kan?

Warga maya rata-rata mengucapkan tahniah dan memuji tindakan Jawaher itu yang sanggup menerima suami yang serba kekurangan.

Tidak kurang juga mendoakan kebahagiaan buat mereka dan Zainizam sembuh segera.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang