Dihayun ke tiang rupanya gurauan hari lahir, pelajar nafi dibuli atau dera. Kes diklasifikasi tiada tindakan lanjut

No Image Caption
A
A
A

TULAR video memaparkan seorang pelajar dipercayai terlibat insiden buli melibatkan pelajar di sebuah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di utara Sarawak akhirnya membongkar punca sebenar.

Bernama yang melaporkan pengakuan daripada pelajar berkenaan memaklumkan itu hanyalah gurauan rakan-rakan sempena sambutan hari lahirnya pada 19 September lepas. 

Dia yang hadir bersama ibu dan bapanya ke balai polis menjelaskan tanpa unsur paksaan atau penderaan.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya telah memanggil beberapa pihak dan menyatakan tidak berkompromi jika benar ada unsur buli.

"Sehubungan itu, polis telah memanggil pegawai institut berkenaan, ibu bapa dan kesemua pelajar berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 24 tahun yang terlibat dalam rakaman video tersebut untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan dan mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut.

No Image Caption

"Polis akan terus memantau perkembangan kes ini dan tidak akan berkompromi serta akan mengambil tindakan tegas sekiranya muncul laporan atau bukti baharu yang menunjukkan wujudnya unsur jenayah buli,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, pihak IKBN Miri menurut Mohd Farhan mengesahkan kejadian berlaku dalam kawasan kampus dan pihak institut  berkenaan memaklumkan akan mengambil tindakan tegas terhadap kesemua pelajar terlibat.

Artikel Berkaitan:

Beliau menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan rakaman berkenaan atau membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam, sebaliknya menyalurkan maklumat relevan terus kepada polis bagi tindakan sewajarnya.

Terdahulu, sebuah rakaman video berdurasi 13 saat telah tular di laman sosial yang memperlihatkan sekumpulan lelaki mengangkat seorang individu dalam keadaan terkangkang hingga terkena tiang.

Video tersebut telah menimbulkan kemarahan masyarakat dan mewujudkan spekulasi kemungkinan berlaku kejadian buli.

Sumber: Bernama

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang