Ditembak 18 kali, isteri trauma terbayang wajah arwah suami dalam bilik. Suspek serah diri dengan pistol
TRAGEDI menyayat hati melibatkan lelaki warga Malaysia yang ditembak di Sungai Golok, Thailand menggemparkan negara.
Lebih memilukan, isteri Allahyarham Mohd Fuad Fahmie Ghazali iaitu Wan Fatihah Mat Hussin, 35, kini terus merasakan trauma kehilangan suami tersayang dalam kejadian tragis.
Sedang sarat hamil dan dijangka bersalin pada 10 Disember ini, wanita itu terbayangkan kejadian yang meragut nyawa suaminya dan mengakui terbayang wajah Allahyarham setiap kali memasuki kamar tidur.
Justeru, bakal ibu tidak dapat meneruskan idahnya di Pasir Mas dan pulang ke pangkuan keluarga ke Golok, Thailand pada malam Ahad untuk berada di samping keluarganya.
Hal itu dikongsikan ibu mangsa yang juga pesara guru, Zaiton Abdul Rahman, 64.

"Apabila berada di dalam bilik di rumah ini dia terbayangkan arwah. Jadi, malam tadi dia minta balik ke Golok.
"Dia juga masih terbayang-bayang tentang kejadian yang berlaku di depan matanya," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Pagi ini, bekas pemain Kelantan FA tahun 2019 yang merupakan salah seorang suspek terlibat dalam kes tembak berkenaan telah ditahan.

Difahamkan, suspek yang barusia 30-an dan mempunyai dua kerakyatan iaitu Thailand dan Malaysia menyerahkan diri bersama pistol digunakan di Balai Polis Sungai Golok pada malam Ahad.
Pada tahun 2019, suspek yang beraksi di posisi penjaga gol pernah bermain bersama Kelantan FA.
Sebelum itu, suspek turut mempunyai pengalaman beraksi di Liga Thailand bersama pasukan Yala United FC dan PT Prachuap FC.
Terdahulu, media melaporkan insiden tragis menimpa Mohd Fuad Fahmie rakyat Malaysia yang mana telah parah ditembak di sebuah rumah di Sungai Golok, Thailand.
Bakal bapa itu meninggal dunia pada jam 9 malam ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Golok selepas ditembak sebanyak 18 das oleh dua suspek yang dikatakan sepupu kepada isterinya.
Lebih menyedihkan arwah tidak sempat menatap wajah anak sulung yang dijangka lahir pada hari ulang tahun kelahirannya 10 Disember depan.
Sumber: Sinar Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

