'Dulu tumpang pelamin orang, dipandang sinis...' 18 tahun tunggu realisasi majlis kahwin idaman, kisah jatuh bangun suami isteri ini undang sebak 

No Image Caption
A
A
A

MENERIMA 2.4 juta tontonan, perkongsian pengguna TikTok yang juga pemilik jenama busana terkenal, Norasila Sail dan suami Hafifi Tarmizi menyentuh hati warganet dengan video memaparkan momen majlis ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini.

Berkahwin muda pada usia 17 tahun, perkongsian Norasila mengimbas kembali pernikahannya menyentuh hati warganet.

"Mencipta semula momen perkahwinan yang menjadi impian kami selepas 18 tahun adalah pengalaman yang sangat mahal ALLAH hadiahkan untuk kami berdua.

"Throwback gambar nikah first tu, macam budak sekolah kena paksa kahwin lari.

"Solekan pun 'berlemuih'. Saya mekap di salun Cina dengan kos RM30, itu sahaja yang mampu," kongsinya.

No Image Caption



Tidak hanya itu, tiada pelamin ditempah untuk beliau dan suami menyebabkan Norasila dan suami mengambil peluang duduk di sebuah peterana milik pengantin lain.

"Kebetulan pada hari yang sama, di kawasan flat tempat tinggal kami ada orang lain bersanding.

"Selepas mereka selesai bersanding, kami pun pinjam dan duduk di pelamin itu.

"Tengah duduk atas pelamin, pengantin baharu itu pun lalu dan pandang sinis. Memang itu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.



"Terima kasih kerana hadir meraikan momen bermakna kami ini," kongsinya.

No Image Caption



Biarpun 18 tahun berlalu dan sudah memiliki sepasang cahaya mata, ujar Norasila majlis yang diadakan pada Sabtu lalu menyempurnakan perkahwinan impiannya dahulu selepas disatukan dengan serba-serbi kekurangan.

Artikel Berkaitan:

"Kami buat semua ini kerana sudah lama teringin. Setiap kali lihat orang kahwin , saya rasa nak sangat naik pelamin.



"Harap semua mendoakan kami bahagia hingga ke syurga," kongsinya dalam ucapan pada majlis berkenaan.

No Image Caption



Majlis yang diadakah di The Majestic Hotel Kuala Lumpur itu turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi popular Afgan. Pasangan berkenaan diiring masuk ke dalam 'ballroom' oleh ahli keluarga.

No Image Caption



Warganet rata-rata tersentuh menyaksikan video yang dikongsikan. Sementelah Norasila dan Hafifi yang kini sudah mencipta nama dalam industri fesyen tempatan, kejayaan pasangan tersebut menjadi inspirasi sekali gus membuktikan perkahwinan pada usia muda adalah 'rahsia Tuhan' yang tidak menjadi penghalang untuk membina impian dan masa depan.

No Image Caption



"Siapa sangka... rezeki ALLAH luas buat mereka yang sabar dan rajin berusaha."

"So proud dengan founder Qiszar ini. Suami isteri ini bermula dari bawah. Kita pula sebak dan terinspirasi, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga."

"ALLAH itu Maha Pemurah. “Kalau bukan sekarang, mungkin nanti”.

"Perkahwinan akan berkat jika kita memilih pasangan yang tepat. Hopefully sampai ke jannah."

"Seronok tengok orang Melayu berjaya dalam bidang perniagaan. Tahniah untuk majlis yang indah ini."

"Kahwin muda tidak salah asalkan berada di landasan yang betul dan suami isteri tidak hanyut dalam merealisasikan impian. So inspired."


Sumber: TikTok, Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang