'Hanya peguam Sabah dan Sarawak dibenar ambil isu Zara...' Peguam ternama Ram Singh beri khidmat secara percuma, tiada kaitan anak VVIP

No Image Caption
A
A
A

PERBICARAAN kes buli Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Kanak-Kanak, Kota Kinabalu, menjadi tumpuan termasuk lima pelajar yang dituduh mencela dan menggunakan kata kesat di bawah di bawah Seksyen 507C (1) Kanun Keseksaan.

Dalam hantaran di media sosial, warga maya dilihat mengharapkan peguam ternama, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar yang terkenal sebagai pembela mangsa daripada golongan terpinggir terlibat dalam kes tragis itu.

Bagaimanapun, menerusi penstriman langsung, pengamal undang-undang yang sinonim dengan panggilan 'peguam kotak pensel’ sinonim dengan beliau selepas tampil bersuara mendedahkan,  penguam dari Semenanjung tidak dibenarkan mewakili sesiapa di Sabah dan Sarawak.

Artikel berkaitan:

No Image Caption

Dalam masa yang sama, beliau menambah, peguam di Sabah dan Sarawak boleh beramal di Semenanjung namun perkara sebaliknya tidak boleh terjadi melainkan dengan pengecualian.

"Mesti ada pengecualian dan itu kena dapatkan (mohon) daripada Hakim Besar Borneo," kongsinya.

Sementara itu, peguam bela yang mewakili tertuduh yang pertama ialah Datuk Ram Singh.

Artikel Berkaitan:

Foto kiri: Ihsan Borneo Post
Foto kiri: Ihsan Borneo Post

Banyak mengendalikan isu-isu yang berprofil tinggi di Malaysia, beliau mendedahkan kepada Sinar Harian yang dirinya terlibat dalam pembelaan kes berkenaan secara pro bono yang sekali gus menangkis tuduhan orang ramai bahawa remaja yang dituduh merupakan anak orang ternama (VVIP).

Ram yang mengetuai pasukan guaman bersama dua lagi peguam iaitu Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan mengakui, sedih dengan apa yang menimpa tertuduh dalam kes tersebut.

No Image Caption

“Saya sedih dan sebagai bapa, memandangkan mereka masih kanak-kanak. Sebab itu saya lakukan secara pro bono bersama peguam lain.

“Saya bersama peguam lain wakili mereka dan mereka bukan terdiri daripada anak VVIP,” katanya.

Ram juga mendedahkan, pembelaan tersebut dibuat tanpa sebarang bayaran oleh ahli keluarga tertuduh.

Dalam pada itu, peguam Hamid Ismail yang mewakili Noraidah Lamat, ibu kepada Zara Qairina berkata, pihaknya tidak dibenarkan bercakap mengenai prosiding kerana wujudnya gag order dan Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak 2001.

Bagaimanapun, Hamid memaklumkan, gag order hanya tertakluk untuk kes berkenaan sahaja dan tidak termaktub pada inkues Zara Qairina yang bermula 3 September depan.

Sumber: TikTok 1, 2, Sinar Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang