'Kakak dah tak kuat, ibu...' Derita leukemia, rintihan sayu Nur Umairah runtun hati
PENULIS tidak dapat menahan air mata mendengar rintihan pesakit kanser, Nur Umairah Mohd Fauzi, 11.
Video yang tular hingga menerima 3.4 juta tontonan itu memperdengarkan perbualan kanak-kanak itu menceritakan keperitannya menanggung kesakitan kepada si ibu, Haida Pairan, 36.
'Kakak dah tak tahan, ibu.'
"Kakak sakit, kakak dah (sudah) tak kuat, kakak dah tak tahan, ibu, kakak nak macam dulu..."ungkap kanak-kanak perempuan itu dengan penuh kesayuan.
Lelah menanggung kesakitan, wajah polos Nur Umairah melukiskan derita.
Meluahkan perasaan dengan air mata, anak perempuan itu menceritakan keadaan dirinya kepada ibu tersayang yang tidak jemu memujuk dan menenangkan.
Perkongsian itu menyayat hati warga maya. Rata-rata mengakui sebak dan menitipkan doa agar anak sulung daripada tiga beradik itu diberi kesembuhan.
Ujar Haida, video itu dirakam bukan sekadar diabadikan sebagai kenangan, namun dalam masa yang sama sama sebagai tanda sokongan kepada pejuang barah di luar sana.
"Sebagai ibu, memang luluh hati saya melihat anak merintih dan tak sanggup rasanya tengok dia menangis kerana kesakitan.
"Tapi saya kena kuat menahan air mata supaya anak saya tak tahu dan nampak kedukaan saya.
"Lagipun, anak pernah tanya adakah dia penyebab semua orang sekeliling bersedih sebab dia sakit. Jadi sejak itu, saya berjanji dengan diri saya yang saya tak akan menunjukkan kesedihan di depannya," katanya.
Menurut Haida, puterinya itu dilahirkan normal dan sebelum ini seorang kanak-kanak yang ceria selain aktif bersukan sehingga membuat ujian darah susulan kerap sakit.
"Kakak juga seorang pengawas, namun pada pertengahan November lalu, dia mula menunjukkan simptom seperti kerap demam yang lambat nak baik, nampak muka letih dan pucat serta ada kesan lebam pada badan.
"Melihat perubahannya yang ketara itu, saya dan suami bawa anak ke klinik kesihatan kemudian lakukan ujian darah.
"Tak lama selepas itu, doktor hubungi saya untuk datang ke klinik beritahu keputusan darah tak normal dan minta rujuk ke hospital," katanya.
Menurut Haida, hasil pemeriksaan lanjut terhadap sampel darah dan air tulang sumsum di hospital mengesahkan Nur Umairah menghidap barah.
"Penerimaan awal agak sukar malah saya amat terkesan sampai terasa nak pengsan kerana terkejut, tak boleh terima dan seolah tak tahu nak berpijak di mana.
"Suami, Mohd Fauzi Mahmud, 38, awalnya positif tapi dia pun sedih. Sejak November lalu kakak memang banyak hari tak ke sekolah. Awal Disember lalu, dia mula menjalani rawatan kemoterapi yang sudah selesai empat sesi.
"Setakat ini, nampak dia okay lagi cuma emosinya agak 'down' kerana tanya kenapa keadaannya begitu dan rindu juga dengan kawan," katanya.
Haida yang menjaga Nur Umairah sejak anaknya dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) pada 21 Disember lalu sanggup melakukan apa sahaja buat anak tersayang.
Tidak tega melihat derita anak, Haida sanggup menggantikan Nur Umairah dengan menanggung kesakitan itu namun tiada pilihan melainkan menerima ketentuan ALLAH.
"Jujurnya, waktu awal dulu memang saya pernah persoalkan kenapa anak yang sakit, bukannya saya kerana berat untuk dia tanggung dalam usia muda, tapi perancangan ALLAH SWT itu lebih baik.
"Kalau saya sakit, macam mana dengan dia dan anak lain. Jadi sebagai ibu, saya akan terus galas tanggungjawab menjaga dan ikhtiar kerana nak tengok anak kembali sihat.
"Kekuatan saya dapat daripada anak dan orang sekeliling, iaitu suami, keluarga dan rakan, kerana ada yang sanggup datang daripada jauh untuk ziarah," ujarnya.
Wanita tabah itu juga reda jika kehilangan kerjayanya. Beliau percaya pasti ada titipan daripada ALLAH yang akan menyusul kelak.
"Ikutkan, saya masih bekerja cuma di luar pejabat dan sehingga Mac depan serta berkemungkinan akan ditamatkan perkhidmatan kerana tidak dapat hadir (ke pejabat secara fizikal).
"Bagi saya, nyawa anak tak boleh dibeli, jadi mungkin ada rezeki lain di kemudian hari nanti," katanya.
Katanya, buat masa ini, dia dan suami yang bekerja sebagai pemandu lori bersama menanggung belanja untuk keperluan Nur Umairah termasuk lampin pakai buang.
Kepada anda yang ingin menyalurkan sumbangan, bolehkan melakukannya menerusi akaun Maybank bernombor 151071000777 atas nama Haida Pairan.
Sumber: Harian Metro
Sebaknya dengar luahan hati penyanyi, Azharina baru-baru ini.
Siapa yang tak nak bahagia, kan!
Lebih-lebih lagi bila tengah sakit, kanser pula tu. Jadi, normal lah bila beliau berharap punya suami yang boleh menemani dan menjadi tempat untuknya bergantung harap, kan!
Rupa-rupanya sudah 17 tahun beliau bergelar ibu tunggal, kenapa agaknya anak kelahiran Sabah itu masih solo sedangkan usianya baharu 38 tahun.
Katanya bukan tidak mencari, bahkan dalam tempoh tersebut pernah bertemu. Nak tahu lebih lanjut, dengarkan perkongsian beliau bersama SinarPlus.
#coversinarplus #azharinaazhar #elegisepi #penyanyi #komposer #ibutunggal #pejuangkanser #kanserrahim #SinarPlus #lifestylesinarharian
Personaliti: AZHARINA AZHAR (@azharina_a)
Teks/ video: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Foto: ASRIL ASWANDI
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR" />
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang