Keluarga dakwa taska pulangkan bayi 4 bulan kaku, tidak bernyawa, ini kronologi dikongsi polis

No Image Caption
A
A
A

BARU-baru ini, kematian bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia di sebuah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Kuala Langat menjadi perhatian ramai.

Kejadian pada Jumaat itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi manakala laporan berkaitan kematian bayi berkenaan sebelum itu dibuat seorang doktor pada jam 3.29 petang.

Berikut adalah kronologi sebenar kejadian:

1-Bayi berkenaan dibawa ke klinik oleh pengasuh Taska berkenaan dalam keadaan pucat serta didapati kebiruan pada bahagian bibir dan kaki.

2-Hasil pemeriksaan mendapati bayi itu tiada nadi dan tidak bernafas selain tiada pergerakan anak mata apabila disuluh menggunakan lampu.

3-Mohd Akmalrizal berkata, doktor kemudian memberi bantuan pernafasan (CPR) dan oksigen kepada bayi itu sementara menunggu ambulans untuk dibawa ke Hospital Cyberjaya.

4-Hospital menerima bayi itu pada jam 4.35 petang sebelum memberikan bantuan CPR selama lebih 30 minit.

5-Bagaimanapun, tiada tindak balas diberikan sebelum bayi itu disahkan meninggal dunia pada jam 5.05 petang.

Artikel Berkaitan:

6-Pihak polis menjelaskan, hasil semakan mendapati premis Taska terbabit tidak berlesen.

7-Semakan dijalankan turut mendapati permohonan telah dihantar namun belum diluluskan.

8-Setakat ini tiada tangkapan dijalankan, pengusaha dan pekerja terbabit telah diambil keterangan untuk siasatan lanjut.

9-Mohd Akmalrizal berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

10-Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau info berkaitan kejadian boleh menyalurkannya ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222.

No Image Caption

Terdahulu, keluarga bayi berkenaan menerusi perkongsian di Instagram menuntut keadilan apabila si kecil itu yang dipulangkan dalam keadaan kaku dan tidak bernyawa oleh sebuah taska di Saujana Putra, Jenjarom, Saujana Putra.

Menerusi perkongsian ibu kepada bayi lelaki, Khairul Handzalah Sufi iaitu Yuni Rahman, anak keduanya itu meninggal dunia tanpa diberitahu sebab atau punca secara terperinci oleh pihak berkenaan.

“Pada pagi kejadian, saya hantar Handzalah dalam keadaan sihat ke taska pada jam 9 pagi.

Saya mendapat panggilan dari pengusaha taska pada 3.27 petang menyatakan Handzalah dah tidak bernafas.

“Selebihnya adalah momen yang tiada satu ibu bapa pun sanggup lalui,”tulisnya di Instagram

Dakwanya, berlaku kecuaian dan pengabaian daripada pihak taska sehingga menyebabkan kematian anak kecil itu.

No Image Caption

“Terima kasih buat semua pihak taska, saya mula 2025 dengan kehilangan satu nyawa dalam keluarga kecil kami.

“Kami berdua anak yatim piatu, yang ada cuma anak-anak kami. Tapi cikgu dah ambil hak itu. Dunia akhirat saya takkan maafkan.

“Anak saya tak bernafas cikgu boleh cakap tak tahu. Cikgu pengurus taska boleh ke hulu ke hilir. Tetapi datang lambat, balik awal, jadi siapa yang jaga 25 anak-anak? Dua cikgu jaga 25 anak?” dakwanya.

Ibu, Yuni Rahman berkata beliau menghantar anaknya ke taska dalam keadaan sihat dan bersih, namun dijemput pulang dalam keadaan sudah kaku dan pucat.

Beliau juga meluahkan rasa erkilan dengan tindakan pihak Taska yang langsung tidak memberi penjelasan dan permohonan maaf, sebaliknya hanya memaklumkan menerusi grup WhatsApp.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Malah, beliau mendakwa bahawa punca kematian anaknya hanya dimaklumkan sebagai Sindrom Kematian Bayi Mengejut (SIDS).

“Kalau sebab kematian SIDS sekalipun, masih boleh dicegah kalau ada orang jaga sepanjang masa.

“Cikgu tinggal dalam bilik dan tahu tak berapa lama? Sampai anak saya susah nak bernafas? Sampai terbuang air besar sebab sakit?

“Akhirnya, saya tukar lampin semasa dia hidup sebelum saya hantar pergi taska pukul 9 pagi. Lapan jam kemudian, saya kena tukar lampin dia dalam keadaan sudah meninggal,” luahnya lagi.

Sumber: Sinar Harian, Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang