"Arwah selalu melintas depan rumah...,' Wanita sempat tolak anak sebelum maut digilis kereta api

No Image Caption
A
A
A

SAYU hati tatkala membaca kisah tragis menimpa seorang ibu yang digilis kereta api semasa pulang dari menjemput anak lelakinya dari sekolah.

Wanita yang dikenali sebagai Lena Gabin dikatakan mahu melintas landasan seperti biasa kerana itu satu-satunya jalan yang digunakan sebelum ini.

Namun malang tidak berbau apabila ibu kepada empat orang anak itu dirempuh dan digilis kereta api di Kampung Petagas,Sabah.

Lebih menyayat hati, sebelum terperosok di bawah kereta api si ibu itu sempat menolak anak lelakinya yang berusia 11 tahun ke tempat selamat.

No Image Caption

Bagaimanapun, kaki kanan kanak-kanak itu terputus selain mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kepala.

Suami kepada sepupu Lena, Adnan Mohd Said berkata, dua beranak itu sering melintas di hadapan rumahnya. Namun, siap sangka, hari tersebut adalah kali terakhir beliau melihat mereka sekeluarga.

Artikel Berkaitan:

Adnan hanya menerima perkhabaran mengenai sepupu isterinya menerusi kumpulan WhatsApp keluarga mereka kira-kira jam 1.30 petang.

“Kami baru mengetahui berita sedih itu pada sebelah petang. Anak bongsunya cedera dan dibawa ke hospital,” katanya.

Sementara, Naib Presiden Majlis Penasihat Pengguna Negara I, Hashima Hasbullah Hashim yang turut berada di lokasi kejadian memaklumkan, kereta api yang melanggar mangsa tidak membunyikan hon sebelum ia menggilis wanita malang itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang