Kronologi lelaki tunjuk anu dibelasah sampai mati, 10 info berkaitan exhibitionism. 'Segera lari, lapor kepada pihak berkuasa...'

Gambar kecil: Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar
Gambar kecil: Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar
A
A
A

BARU-baru ini kecoh kisah seorang lelaki di Bandar Jasin Bestari, Jasin maut didakwa dipukul secara beramai-ramai selepas dipercayai menunjukkan kemaluan di khalayak ramai di parkir sebuah pasar raya.

Dia yang merupakan seorang penganggur maut didakwa dipukul secara beramai-ramai yang berang dengan tindakan tidak senonoh itu.

Berikut kronologi kejadian yang dikongsikan Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar:

1-Berdasarkan siasatan awal, alam kejadian lebih kurang jam 7.30 malam lelaki berkenaan didakwa berkelakuan tidak manis menyebabkan dua individu yang berada di kawasan itu marah lalu memukulnya.

2-Lelaki berkenaan kemudian berjaya melarikan diri ke arah bangunan kedai berdekatan.

3-Menurut Dzulkhairi , mangsa yang beralamat di Kesang Jasin kemudian berlari ke arah semak selain turut melintasi parit yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi pertama sebelum dia yang bertindak agresif berjaya ditahan orang ramai.

4-Selain dua individu terbabit, terdapat tiga lagi suspek termasuk seorang pemandu lori yang membawa muatan tong gas dipercayai telah menendang kepala mangsa.

5-Lelaki tempatan berusia 51 tahun itu kemudian disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah kira-kira 200 meter dari lokasi dia melakukan gangguan seksual itu.

Artikel Berkaitan:

6-Mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat.

7-Polis berjaya menahan tujuh suspek lelaki berusia antara 15 hingga 66 tahun termasuk seorang warga Pakistan terdiri dalam kalangan orang awam, pekerja sekitar, pelanggan dan pemandu lori yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

No Image Caption

8-Katanya semakan awal juga mendapati mangsa pernah disabitkan dengan dua kesalahan lampau pada 2003 dan 2024 atas kesalahan melakukan kelucahan melampau di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

9-Jelasnya, kesemua suspek telah direman selama tujuh hari bermula Isnin oleh Mahkamah Majistret Jasin untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.

10-Polis turut menasihati orang ramai agar tidak mengambil tindakan terburu-buru yang tidak mengikut lunas undang-undang.

Terdahulu, tular di media sosial Facebook mengenai mayat seorang lelaki yang terbaring di atas jalan didakwa menjadi mangsa pembunuhan di Jasin Bestari.

10 info exhibitionism

Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan

Memetik Public Health Malaysia, perbuatan menunjukkan alat sulit dikenali sebagai exhibitionism. Berikut 10 info berkaitan:

1-Perbuatan menunjukkan alat sulit kepada orang awam merupakan satu isu kesihatan mental dikenali sebagai exhibitionist.

2-Sekiranya anda berhadapan dengan mereka, jangan tunjukkan reaksi, segera keluar untuk dapatkan bantuan.

3-Ia dikaitkan dengan rasa suka menunjukkan alat berkenaan untuk keterujaan seksual

4-Pelaku perbuatan tersebut biasanya oleh lelaki.

5-Mangsa adalah wanita, kanak kanak dan lelaki sendiri.

No Image Caption

6-Hanya menayang alat intim, tidak melibatkan sentuhan seksual mahupu rogol.

7-Antara tindakan yang boleh dilakukan ialah segera lari dan melaporkan kepada pihak berkuasa

8-Antara lokasi tumpuan exhibitionist ialah tandas awam.

9-Mereka biasanya berdiri di tempat urinal sebelum mula beraksi dengan menunjukkan alat sulit kepada orang awam.

10-Tidak ketinggalan taman awam, lorong kawasan perumahan atau pengangkutan awam.

Sumber: Sinar Harian, Public Health Malaysia

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang