Lee Zii Jia muat naik lukisan misteri & tukar DP IG hitam, peminat luah rasa bimbang: ‘Jia, jangan macam ni…’

No Image Caption
A
A
A

NAMA jaguh badminton negara, Lee Zii Jia sekali lagi menjadi perhatian warganet, tapi kali ni bukan sebab aksi di gelanggang.

Baru-baru ni, Zii Jia buat satu hantaran pelik dan misteri di Instagram miliknya tanpa sebarang kapsyen atau penjelasan.

Apa yang dimuat naik? Beberapa lakaran hitam putih penuh simbolik dan elemen seram, cukup untuk buat ramai tertanya-tanya apa yang sebenarnya sedang berlaku dengan pemain ini.

Antara ilustrasi yang dikongsi termasuk gambar kepala dijahit dengan benang, sosok badan terbaring atas sofa dengan darah memercik dan wajah seolah-olah terbakar.

No Image Caption

No Image Caption

Semuanya menimbulkan aura suram dan menakutkan. Malah, ada juga lukisan yang menunjukkan seseorang seperti terperangkap dalam dunia fikiran sendiri, menggambarkan tekanan emosi yang berat.

Lebih menambah misteri, Zii Jia turut menukar gambar profil IG kepada warna hitam.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Tinjauan SinarPlus di ruangan komen pula dibanjiri dengan lebih 1,699 mesej sokongan dan doa daripada peminat yang risau.

“Jia jangan macam ni..kami sentiasa support kamu..ambik la berapa banyak masa untuk rehat jangan paksa ya������.” - @bunga_sufi

“Jangan fikir bukan-bukan Jia. Banyak peminat dan penyokong you dekat luar sana. Semuanya akan baik-baik sahaja. Take care Jia.” - @izazinazirah

No Image Caption

“It’s okay to have tough days! you’re doing better than you think, and brighter moments are on their way��.” - @arinahabdulaziz

Sehingga kini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dari Zii Jia tentang maksud sebenar hantaran tersebut.

No Image Caption

Namun, peminat tetap berharap semoga beliau kekal kuat, dari segi fizikal dan emosi, apatah lagi sebagai atlet yang sentiasa jadi perhatian ramai.

Untuk rekod, pemain kelahiran Alor Setar itu kini berada di ranking ke-27 dunia selepas hanya beraksi dalam dua kejohanan tahun ini susulan kecederaan buku lali kanan yang dialami semasa Final Jelajah Dunia Disember lalu.

No Image Caption

No Image Caption

Aksi terakhirnya adalah di All England pada Mac, tetapi terkandas di pusingan pertama. Beliau juga menarik diri daripada Kejohanan Badminton Asia di China pada April untuk fokus pada proses pemulihan.

No Image Caption

Kini, mata tumpuan beralih ke Terbuka Jepun pada 15 hingga 20 Julai ini dan Terbuka China. Itu dua kejohanan penting untuk Zii Jia kembali cari rentak sebelum menyertai Kejohanan Dunia di Paris hujung Ogos.

No Image Caption

No Image Caption

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang