Lelaki mandikan sahabat 'insan istimewa' dipuji, kawan sejati dunia akhirat. 'Maafkan aku Shukor tak mampu urus segalanya...'

No Image Caption
A
A
A

SAHABAT sejati yang sanggup berkongsi susah dan senang itu jarang ditemui. Namun, lelaki dari Arau ini membuktikan bahawa setia kawan dan kasih sesama insan itu masih wujud.

Pemuda bernama Shidie menerusi laman sosial berkongsi momen bertemu dengan sahabatnya yang kini sudah tidak normal seperti dahulu.

Sempat menyapa rakan bernama Shukor di tepi jalan, Shidie yang tersentuh dengan keadaan tidak terurus sahabatnya itu memujuknya untuk membersihkan diri.

No Image Caption

"Maaf lari tajuk, aku tidak risau tentang susah kerana aku yakin ALLAH Maha Kaya.

"Allahuakbar, diberi peluang lagi untuk jumpa sahabat (insan istimewa).

Artikel Berkaitan:

"Puas dipujuk untuk bersihkan diri, makan dan bersiap semula seperti normal," kongsi Shidie.

No Image Caption

Menerusi video, pemilik bengkel motosikal itu sempat memandikan, membantu rakannya memotong rambut dan memakaikan pakaian yang bersih.

Biarpun tidak lagi normal seperti dahulu, Shidie berharap Shukor sentiasa dilindungi ALLAH selain memohon maaf kerana tidak mampu untuk membantu sahabatnya itu dalam segala aspek.

"Amat sedih apa yang terjadi padamu dan kehidupanmu. Kau bukan tak waras, kau masih waras. Cuma nasib dan ujian kita berbeza.

No Image Caption

"Semoga kita terus istiqamah, diberkati dalam setiap langkah dalam kehidupan ini.

"Maafkan aku Shukor tak mampu urus segalanya.

"Semoga setiap langkahmu sentiasa lindungan ALLAH SWT.

"Doakan aku Shukor supaya terus berbuat kebaikan, muhasabah diri dan bantu lebih ramai orang, aaminn," titip Shidie.

No Image Caption

Hantaran yang menerima 20,000 tanda suka itu membuatkan netizen tersentuh.

Rata-rata memuji keprihatinan Shidie terhadap Shukor yang sanggup membersihkan tubuh badan Shukor, menggantikan baju baharu serta memotong rambut yang tidak terurus.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar kebaikan Shidie dibalas dengan rezeki yang tidak disangka-sangka.

"Sebaknya akak tengok video ini. Inilah sahabat dunia akhirat."

"Terbaik abang ini menolong seorang insan yang susah. Beliau sanggup memandi dan memberus kaki hamba ALLAH ini. Moga kehidupan abang sekeluarganya dirahmati dan berkati ALLAH."

"Tahniah tuan kerana menyantuninya. Ujian kita berbeza, rezeki juga berbeza."

"Lepas mandi dan gunting rambut terus nampak segak. Terbaik abang Shidie membantu orang dalam kesusahan."

"Sebenarnya ujian seperti ini untuk orang sekeliling, bukan untuk dia semata-mata. Terbaik abang menjaga kebajikan sesama manusia, berbahagi kudrat dan harta. Semoga ALLAH merahmati."

"Contoh yang baik kepada generasi muda. Jangan berhenti berbuat kebaikan dan prihatin sesama manusia."

Semoga apa yang dilakukan Shidie ini menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus berbuat kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan selagi hayat dikandung badan.

Sumber: Facebook

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang