Mentua, 2 adik ipar tak mengaku salah, Prince Syed mahu jernihkan keadaan. 'Azab di dunia pun pedih, macam mana pula alam sana'
ISU melibatkan keluarga mentua dan pempengaruh Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman atau dikenali Prince Syed menjadi fokus ramai selepas ia tular di media sosial.
Selain isu pembedahan bariatrik membabitkan isterinya baru-baru ini, nasib empat ahli keluarga mentua yang didakwa di mahkamah kerana mencederakan lelaki tersebut turut mengundang sayu warga maya.
Keempat-empat mereka membuat pengakuan tidak bersalah dihadapan Majistret, Siti Zubaidah Mamat ketika prosiding berlangsung di Mahkamah Majistret, Klang pada Jumaat.
Bagi kes melibatkan Aminah Haniffa, 55, Ishak Saif, 59, dan Muhd Ikhwan Alif, 22, mereka kemudiannya diarah untuk membayar ikat jamin sebanyak RM1,500 seorang manakala Muhd Syahmi Faiz diarah untuk membayar ikat jamin sebanyak RM2,000.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh 26 Januari depan sebagai sebutan semula kes.
Memetik Harian Metro, selepas membuat bayaran ikat jamin, mentua serta dua ipar kepada Prince Syed iaitu Aminah Haniffa, Ishak Saif, Muhd Syahmi Faiz, 31 dan Muhd Ikhwan Alif enggan mengulas lanjut ketika disapa media sebelum berlalu pergi meninggalkan perkarangan mahkamah.

“Tak ada nak cakap apa-apa,” jawab ringkas bapa mentua Prince Syed.
Sementara itu, suami kepada Fatin Syazwani tersebut menerusi sebuah video tular berkata perbuatan salah pasti ada akibatnya, sama ada di dunia atau akhirat dan berharap semua pihak dapat memperbaiki apa yang berlaku.
"Dalam dunia ni, kalau kita buat kejahatan, azab di dunia ni pun sudah pedih, macam mana pula azab kita di alam sana.
"Jadi, kalau boleh kita perbetulkan, kita perbetulkanlah segalanya. Cuma satu je, kalau boleh menjernihkan sesuatu keadaan tu, kita jernihkan keadaan tu.
"Kita di dunia ni tidak hidup lama pun. Pergaduhan atau perselisihan faham begini rasanya tidak perlu ada dalam keluarga. So, mungkin ada perselisihan faham sebenarnya," tuturnya.

Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata itu sedar pelbagai komen netizen muncul walaupun ramai tidak mengetahui keadaan sebenar. Namun, dia meminta doa agar segala urusan antara kedua-dua keluarga dipermudahkan.
"Netizen, apa yang saya baca (mereka memberikan) macam-macam komen. Mungkin tidak faham situasi apa yang kami lalui dan hadapi. So, doa apa yang terbaik buat kami berdua dan keluarga dua belah pihak.
"Itu sahaja. Kalau ada apa yang boleh kita perbaiki, mungkin benda ni menjadi satu titik tolak untuk kita bermuhasabahdan perbetulkan diri," kongsinya.
Terdahulu, empat ahli keluarga isterinya itu ditahan selepas berlaku perselisihan faham di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, Klang kira-kira jam 2.40 petang.
Menurutnya, mereka memukul kepalanya dengan topi keledar beberapa kali dan menumbuk bahagian muka. Prince Syed mendakwa diserang dan dipukul sehingga cedera pada tangan dan muka.
Sumber: Harian Metro, TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

