Minta doa & peluk sebelum pulang, isteri hamil anak keempat sayu suami maut kemalangan. 'Arwah sangat gembira saya mengandung lagi'

No Image Caption
A
A
A

PEMERGIAN suami tersayang dalama kemalangan maut di di Kilometer 48.1 Lebuhraya Utara–Selatan arah Utara Johor Bahru mengundang duka buat Shuhada Alam Shah, 34. 

Apatah lagi kini saat dirinya sedang hamil dua bulan dan kandungan itu sememangnya dinantikan suami, Allahyarham Muhammad Ariff Haron, 33.

Menurut Shuhada, Muhammad Ariff yang merupakan Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Johor dan Pengetua Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Johor begitu teruja apabila mengetahui dia mengandung dan sering menyebut mengenai kehadiran cahaya mata baharu itu.

No Image Caption

“Arwah sangat gembira apabila tahu saya mengandung lagi. 

"Setiap kali keluar bekerja atau ke program, arwah akan pesan supaya saya menjaga diri dan anak-anak,” katanya.

Dalam pada itu, kepada Sinar Harian Shuhada sempat mengimbas kembali perkongsian rakan-rakan Muhammad Ariff sebelum Allahyarham pergi selama-lamanya.

“Beberapa hari sebelum ini, arwah ada minta didoakan agar diberikan kesihatan kerana berasa letih. Namun, arwah tetap kuatkan diri untuk melakukan segala kebaikan selagi hayatnya ada.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

“Setakat ini, sahabat arwah yang perasan tanda-tanda sebelum pemergiannya. Mereka memaklumkan arwah ada memohon sahabat-sahabatnya untuk mendoakannya dan memeluk mereka erat sebelum pulang ke rumah,” katanya.

Pemergian bapa muda itu meninggalkan tiga cahaya mata yang masih kecil iaitu iaitu Siti Maryam, 5; Muhammad Zaid, 4; dan Muhammad Suhail, 2 tahun.

Terdahulu, Muhammad Ariff maut selepas motosikal ditungganginya terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan menghadiri program Permukiman Pemuda Pas Negeri Johor di Pagoh, pada Sabtu.

No Image Caption

Jelasnya, Allahyarham yang juga Pengetua Sekolah Menengah Integrasi Teras Islam (SMITI) Johor pernah menerima Anugerah Tokoh Pendidik SMITI dalam Konvensyen Pendidik Pas Pusat di Kompleks Pas Kedah sebelum ini.

Difahamkan Allahyarham sempat menghantar isteri dan tiga orang cahaya mata mereka ke rumah mentua di Ulu Tiram dengan menaiki kereta sebelum menunggang motosikal seorang diri ke Pagoh bagi menghadiri program berkenaan.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tiram.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang