Pernah digendong suami turun empat tingkat demi jual air balang, Roslina kini pergi selamanya... ‘Insya-ALLAH jumpa di syurga’
KISAH cinta suami isteri ini pernah viral berikutan kegigihan suami menggendong isterinya yang lumpuh menuruni empat tingkat tangga rumah flat mereka di Meru, Kapar.
Lelaki itu berbuat demikian semata-mata terus berniaga air balang demi menyara keluarga. Namun, hari ini, Ah Yauddin kehilangan suri hatinya, Roslina Yusof yang menghembuskan nafas terakhirnya pagi ini.
"Kasih sayang seorang suami buat isteri tercinta, takkan pernah terganti walau waktu berganti.
"Isteri tersayang, Roslina binti Yusof telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Ilahi dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, " kongsi stesen radio Era menerusi hantaran laman sosialnya.

Sementara itu, pempengaruh dan penyanyi Caprice turut berkongsi berita sedih itu.
"Berat hati mendengar berita pemergian Puan Roslina. Salam takziah buat keluarga yang ditinggalkan. Al-Fatihah, " titip Caprice.
Artikel penuh:
- Tiada lif sanggup angkat isteri, suami sakit buah pinggang tahap akhir gigih jaga cinta hati. 'Dia makan pakai tiub, saya reda kehendak ALLAH
- Kisah Aliah & ayah gendong isteri lumpuh – MARA tampil, bukan sekadar bantu, tapi ajar pancing rezeki
Pasangan berkenaan terdahulu tular selepas kegigihan Ah Yauddin yang mengalami masalah buah pinggang tahap empat membawa Roslina ke lokasi jualan air balangnya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur.
Roslina yang mengalami komplikasi diabetes dan strok yang mana bahagian kaki telah diamputasi digendong oleh Ah Yauddin menuruni empat tingkat rumah pangsapuri sewan mereka.

Caprice kemudian membantu menghadiahkan sebuah rumah sewa baharu yang lebih selesa dan sewanya dibiayai hasil sumbangan orang ramai.
Anak sulung mereka, Nur Aliah juga menerima tawaran menyambung pengajian dalam bidang Konfeksioneri dan Bakeri di GiatMARA Meru.
Berita sedih itu membuatkan warganet tidak mampu menahan air mata dan mengucapkan takziah buat keluarga kecil itu. Ujar mereka:
"Insya-ALLAH cinta sampai syurga."
"Kasih sayang seorang suami tiada bandingnya. Hingga ke akhir hayat, arwah isteri dijaga penuh kasih dan pengorbanan. Insya-Allah, arwah akan menanti suami serta keluarga di pintu syurga."
"Kalau ikutkan inilah cerita yang banyk duji, cinta sampai menua hingga ke akhir hayat. Diiringi reda suam. Semoga kisah ini menjadi inspirasi anak-anak muda yang bakal atau sudah mendirikan rumah tangga."
'Dijemput pulang pada hari Jumaat penuh barakah."
Sumber: Instagram 1, 2
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
