Minta wang tebusan 2 juta, penculik ditembak! Remaja perempuan diikat & disumbat dalam bagasi lepas diculik, polis kongsi kronologi mengerikan

No Image Caption
A
A
A

PERSIS aksi dalam filem! Baru-baru ini negara dikejutkan dengan penculikan remaja perempuan di Seremban.

Meminta wang tebusan sebanyak RM2 juta, kes berkenaan berakhir tragis apabila salah seorang suspek maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Bandar Bukit Tinggi, Klang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain menjelaskan dalam kejadian pada 10 April lalu, disumbat dalam bagasi sebelum dibawa ke lokasi persembunyian!

Berikut kronologi yang dikongsikan beliau:

1-Menurut Mohd Shuhaily, pada hari kejadian, mangsa bersama ibunya ke sebuah salun kecantikan.

2-Tidak lama kemudian, mangsa ingin ke sebuah kedai serbaneka berdekatan sebelum diculik seorang lelaki dan dibawa masuk ke dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda yang menunggu.

No Image Caption

3-Ketika di dalam kenderaan berkenaan, mangsa telah diikat dan disumbat dalam bagasi.

Artikel Berkaitan:

4-Keluarga mangsa katanya kemudian menerima panggilan meminta wang tebusan sebanyak RM2 juta.

5-Sejurus laporan polis dibuat pihak keluarga, polis segera menubuhkan dua pasukan khas.

No Image Caption

6-Selepas rundingan antara kumpulan penculik dan keluarga, pada 11 April wang tebusan sebanyak RM280,000 dan beberapa utas rantai emas diserahkan kepada penculik.

7-Ujarnya, kumpulan penculik dikatakan menggunakan alat pengesan logam pada beg berisi wang tebusan bagi mengelak lokasi mereka dikesan.

8-Remaja berkenaan kemudian dibebaskan di satu lokasi di Port Dickson dan disahkan selamat.

No Image Caption

9-Hasil siasatan membawa kepada penahanan tiga lelaki dan tiga wanita bersama wang tunai RM180,000.

10-Difahamkan, kumpulan berkenaan dikatakan telah membelanjakan wang sebanyak RM100,000.

11-Enam suspek berkenaan itu kini direman 14 hari dan disiasat dibawah Akta Culik 1961.

Terdahulu, pihak polis mengesan suspek warga tempatan berusia 21 tahun itu di Jalan Bayu Tinggi, di Bandar Bukit Tinggi, Klang sebelum dia cuba melarikan diri daripada polis.

Suspek telah bertindak merempuh kenderaan polis, sebelum melarikan diri namun berjaya dipintas. Berlaku tembak-menembak antara suspek dan anggota polis di lokasi.

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan dinaiki suspek menemukan sepucuk pistol semi-automatik dan sebilah parang.

Namun begitu, pemeriksaan ke atas lelaki itu mendapati dia tiada sebarang rekod jenayah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang