Satu rumah terjejas, bilik solat tidak terbakar dalam letupan gas Putra Heights, kuasa ALLAH yang Maha Esa!

No Image Caption
A
A
A

HEBAT kuasa ALLAH, setiap kejadian yang berlaku pasti terselit hikmah yang membuktikan kebesaran-NYA.

Terlalu banyak bukti ALLAH Maha Besar yang diperlihatkan menerusi pelbagai insiden. Dalam kebakaran akibat letupan saluran gas Putra Heights baru-baru ini, sebuah kediaman di sana memperlihatkan kekuasaan DIA yang mana sebuah bilik yang dijadikan ruang ibadat tidak terusik dek api.

Menerusi hantaran TikTok Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor serta Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi yang melawati rumah mangsa di sana sempat memuat naik video memaparkan sebuah keadaan kediaman jenis dua tingkat.

No Image Caption

"Salah satu rumah yang terjejas teruk tetapi bilik solat masih dalam keadaan baik.

"Disebalik musibah, ada tanda kekuasaan-NYA. Semoga mangsa diberi ketabahan dan dipermudahkan segala urusan pemulihan.

"Insya-ALLAH, kami akan bantu sebaik mungkin," katanya.

Menerusi video, dipaparkan bahagian tingkat bawah kediaman berkenaan hangus namun bilik solat yang berada pada lantai yang sama tidak tersentuh oleh bahang api.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Hamparan permaidani dan sejadah pada lantai tersusun elok manakala telekung yangt tergantung dan sebuah katil di dalamnya seolah-olah bukan hanya tidak terbakar malah tidak terusik oleh tekanan yang berlaku di sekeliling.

Menurut waris pemilik kediaman menerusi akaun TikTok Ayohcixxx, keluarga berkenaan mementingkan ibadat solat dan dermawan.

"Rumah biras saya ni. Dia memang bagus menjaga solat dan rajin betul bersedekah.

"Bilik solat ini jarang dia tutup pintu, tapi itulah haba panas tidak masuk pun sedangkan perabot di ruang tamu semua habis cair," kongsinya.

Warganet yang menonton mengakui apa yang terjadi itu adalah bukti kebesaran ALLAH. Tidak kurang yang tertanya-tanya kebaikan dan amalan pemilik kediaman berkenaan.

No Image Caption

"ALLAH izinkan maka jadilah. Bila ALLAH tidak berkehendak maka tidaklah terjadi. Allahuakbar ALLAH Maha Berkuasa. Sedikitpun tidak terbakar sedangkan bahangnya meleburkan apa yang ada."

"Terbaik amalan tuan rumah."

"Alhamdulillah keajaiban ALLAH hendak tunjuk pada kita dan mesti ada sesuatu amalan baik keluarga ini."

"Kuasa ALLAH SWT mengatasi segalanya. Sama-sama kita muhasabah diri."

"MasyaAllah. Inilah kuasa dan ketentuan Allah Azzawajalla."

Terdahulu, SinarPlus melaporkan kebakaran yang mengakibatkan letupan api menjulang lebih 20 tingkat mencecah suhu 1,000 darjah Celsius!

Betapa dahsyatnya bencana itu meninggalkan lokasi berhampiran termasuk kampung berhampiran umpama padang jarak padang tekukur.

Secara keseluruhan, 237 buah rumah terjejas; 305 mangsa cedera akibat melecur dan tersedut haba panas.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang