Orang awam lapor kereta tidak dikenali terkunci, terkejut jumpa mayat wanita sudah berbau
OPERASI khas membuka pintu kereta terkunci bertukar mimpi ngeri apabila Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Bandar Perda menemui mayat dua wanita yang sudah kembung dan berbau busuk.
Kenderaan yang diletakkan di tepi jalan berhampiran taman perumahan di Taman Sri Rambai, di Bukit Mertajam ditemui orang awam yang sedang melalui kawasan berkenaan pada sekitar jam 5.30 petang semalam.
"Sebaik tiba pasukan penyelamat yang lengkap dengan pemakaian PPE (pakaian perlindungan diri) berjaya membuka pintu kereta yang terkunci menggunakan peralatan khas.
"Didapati dua mayat perempuan dewasa berada di tempat duduk hadapan kereta tersebut. Kita serahkan kepada polis bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, Rabu malam.
Perkara itu disahkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang.
Kedua-dua mangsa dipercayai berusia lingkungan 20-an dan berkemungkinan sudah meninggal dunia lebih daripada lima hari berdasarkan keadaan badan mangsa.
Mayat ketika ditemui berada di tempat duduk hadapan kereta dan seorang daripada mangsa dipercayai berasal dari Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, identiti kedua-duanya belum dapat dikenalpasti.
Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) bagi tindakan lanjut.
Baca juga: Cef Wan rugi RM420,000, jadi mangsa penipuan kontraktor ubah suai kediaman arwah ibu
Baca juga: Insiden wanita dihempap kayu balak didakwa sarat mengandung, tunang tampil beri penjelasan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang