Tiada lif sanggup angkat isteri, suami sakit buah pinggang tahap akhir gigih jaga cinta hati. 'Dia makan pakai tiub, saya reda kehendak ALLAH

No Image Caption
A
A
A

DI SEBALIK senyuman yang terukir pada wajahnya, tersembunyi kisah cinta yang lebih mendalam daripada sekadar kata-kata. 

Menerusi sebuah video tular di laman sosial, seorang pesakit buah pinggang sanggup mengorbankan diri demi menjaga suri hatinya yang sedang berdepan masalah kesihatan meruntun hati warganet.

Luluh hati dengan perkongsian video daripada pengguna TikTok Ustad Jungler ini. Meraih 1 juta tontonan, ia memaparkan perjuangan dan kegigihan seorang lelaki yang juga peniaga air di pasar tani mencari rezeki.

"Seorang pesakit buah pinggang sanggup mengorbankan diri demi menjaga isterinya yang juga sedang berdepan masalah kesihatan.

"Meskipun isterinya sudah tidak mampu untuk bergerak dan mengurus diri sendiri, namun lelaki tersebut menerima takdir ALLAH dengan reda," titipnya.

No Image Caption

Difahamkan, isteri lelaki berkenaan mengalami komplikasi diabetes dan strok yang mana bahagian kaki telah diamputasi. 

"Dia (isteri) pun sudah tidak boleh bercakap sekarang.

Artikel Berkaitan:

"Hendak makan pun tak boleh, hanya susu khas menerusi tiub. Dia sakit semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

"Saya terima sahaja apa yang berlaku. Saya reda dengan kehendak ALLAH Taala," kongsinya.

No Image Caption

Turut membawa isteri bersama ketika berjualan di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, lelaki itu sanggup mendukung suri hatinya turun dan naik ke tingkat empat kediaman pangsapuri biarpun dia sendiri menghadapi penyakit kronik termasuk kegagalan buah pinggang.

"Saya tinggal di Meru, Klang. Rumah flat, tingkat empat dan tak ada lif. Saya dukung dia naik ke tingkat empat.

"Saya pun sakit. Ada kencing manis, darah tinggi dan sakit buah pinggang tahap lima.

"Jualan tak menentu. Ada hari jualan air habis, kadang-kadang tidak," tuturnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan keadaan pasangan tersebut namun kagum dengan kecekalan mereka mengharungi ujian hidup.

"Betapa tabahnya pak cik ini, masih boleh jaga sang isteri dengan baik walaupun diri sendiri tak berapa sihat. Ujian dan kelebihan masing-masing tu tak sama kan? Moga dilancarkan urusan."

"Cinta yang sebenar, setia menjaga biarpun sudah tidak lagi sempurna."

"Ini barulah cinta sejati. Betul-betul menjentik hati."

Sumber: TikTok

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang