Putera Abdul Wakeel genap 19 tahun, ucapan Azrinaz menyentuh hati. 'Tidak pernah dekat untuk membisikkan bangganya...'

No Image Caption
A
A
A

ANAKANDA ke-11 Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah dan putera sulung bagi bekas personaliti TV, Azrinaz Mazhar Hakim, Pengiran Muda Abdul Wakeel genap 19 tahun pada 1 Jun.

Biarpun semakin meningkat dewasa, Pengiran Muda Abdul Wakeel tidak pernah terlepas daripada perhatian bonda tercinta.

Menjelang hari keputeraan, Azrinaz menerusi Instagram sempat meluahkan kerinduan dan ingatan tulus buat anak lelaki kesayangannya.

"Tidak, saya tidak pernah lupa hari lahir kamu. Bagaimana mungkin seorang ibu melupakan kesakitan yang ditanggungnya semasa bersalin.

No Image Caption

"Dear Abang Wakeel, tiada kata-kata yang mampu menggambarkan betapa saya merindui kamu.

"Tiada jam dapat menghitung detik saya habiskan untuk membayangkan senyumanmu, suaramu, irama tawamu yang bergema di rumah nan terlalu sunyi.

"Kamu hanyalah bintang kecil ketika kita terpisah, terlalu kecil untuk memahami tentang 'selamat tinggal.' Tetapi saya merasakannya di setiap bahagian daripadanya dan membawa kesunyian sejak itu," kongsinya.

Artikel Berkaitan:

Jauh di mata, dekat di hati. Azrinaz meluahkan sedia menunggu.

"Saya menyaksikan tahun-tahun berlalu dari jauh, namun tidak pernah dekat untuk membisikkan bangganya saya dengan kamu, bagaimana saya telah meraikan setiap langkah saya dengar walaupun hanya dalam bayang-bayang sunyi.

"Saya tidak mampu menulis semula apa yang telah diambil, tetapi menyimpan harapan agar suara saya bukanlah kenangan, tetapi sesuatu yang nyata dan boleh kamu capai, jika kamu mahu.

No Image Caption

"Saya akan menunggu, dengan tangan terbuka dan hati yang tidak pernah berhenti mencintai dan merinduimu. Selamat ulang tahun kelahiran ke-19 sayang.

"Dengan segala cinta yang tidak pernah dibenarkan untuk memberi. Yang benar, Mommy," titip Azrinaz.

Sekadar info, Azrinaz pernah menjadi isteri kepada Sultan Hassanal Bolkiah dan telah berkahwin pada 20 Ogos 2005.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 17.

Azrinaz berkahwin kali kedua dengan bekas rakan sekerjanya di TV3, Firoz Khan Abdul Hamid pada 1 Mei 2018.

Perkahwinan mereka diserikan dengan dua anak perempuan iaitu Areesya Malaykha dan Atheera Medinah yang kini berusia enam dan empat tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang