'Ramai sayang kakak...' Wanita kerdil pernah tular hembus nafas terakhir, sempat mohon maaf kepada bapa

Kredit foto: Harian Metro
Kredit foto: Harian Metro
A
A
A

"MALAM tadi arwah sempat meminta maaf sebelum saya pulang."

Demikian kata bapa kepada wanita istimewa yang dilahirkan kerdil, Zurin Hazlien Abd Halim, 21. Bagaikan tahu akan pergi selamanya, Zurin Hazlien itu sempat memohon keampunan daripada bapa tersayang, Abd Halim Sulaiman, 48.

Zurin Hazlien yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas tiga hari dirawat.

Allahyarham wanita berketinggian 103 sentimeter (cm) itu terdahulu memberitahu tidak sihat minggu lalu sebelum dibawa ke klinik sebelum doktor menyarankan dirujuk ke Hospital Pekan.

Bapa, Abd Halim dan isteri, Zurinah Tabingin reda dengan kehilangan anak yang tersayang dipercayai akibat masalah pada jantung.

"Arwah kemudian dipindahkan ke HTAA kelmarin untuk rawatan selanjutnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Arwah hanya mengadu sakit dada dan agak lemah. Doktor memaklumkan arwah mengalami masalah saluran jantung tersumbat namun pembedahan sukar dilakukan kerana saluran jantungnya terlalu kecil, jadi dia hanya diberi ubat sepanjang rawatan.

Dia berkata, jenazah dibawa pulang ke rumah di Sungai Miang, Pekan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Miang pagi ini selepas disolatkan di Masjid Kampung Sungai Miang.

Kredit foto: Harian Metro
Kredit foto: Harian Metro

Artikel berkaitan:

RAMAI ORANG SAYANG KAKAK

Sementara itu, kakaknya, Zurin Haliyana menerusi ruangan komen portal berita tempatan sempat berkongsi catatan pilu.

"Ramai orang sayang kakak. Alhamdulilah semua urusan dipermudahkan dan Allahyarham selamat di kebumikan sebelum Zohor tadi.

"Terima kasih semua yang mendoakan adik saya," kongsinya.

Allahyarham Zurin Hazlien terdahulu menjadi tular bersama abangnya, Mohd Zulhanif, 25, juga dilahirkan kerdil.

Pada 2011, Zurin Hazlien menjadi tular selepas mendaftar Tahun Satu di SK Sungai Miang dengan ketinggian hanya 60cm.

Allahyarham tidak boleh menggunakan perabot sekolah dan bergantung kepada kerusi bermotor khas rekaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.

Kredit foto: Harian Metro
Kredit foto: Harian Metro

Mohd Zulhanif yang mendaftar di sekolah yang sama pada 2007 dengan ketinggian 72cm ketika itu.

Pada 2023, adik-beradik itu berkata mereka mahu berdikari dan berhasrat untuk mengikuti kursus pendek untuk mendapatkan pekerjaan yang stabil untuk menyara keluarga mereka.

Dua insan istimewa itu berminat mengikuti kursus kemahiran sebagai persediaan menceburi bidang pekerjaan.

Allahyarham yang merupakan bekas pelajar kelas pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pekan, Pahang, memiliki kemahiran dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Sumber: Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang