Runtun jiwa! Anak guru terjatuh gaung 61 meter titip luahan terakhir - 'Adik sayang abah, pergimu tiada pengganti' 

No Image Caption
A
A
A

PEMERGIAN Allahyarham Hassan Shazali pada usia 52 tahun meninggalkan ruang yang sukar diganti dalam hati kami sekeluarga.

Arwah bukan sekadar seorang guru berdedikasi, tetapi abah yang penuh tanggungjawab, lembut dalam tutur kata menjadikan kehilangannya amat dirasai.

Anak Allahyarham dikenali sebagai Aufa memuat naik luahan pilu di TikTok yang menyentuh perasaan selepas menerima berita pemergian insan tersayang itu. 

Dalam hantaran tersebut, Aufa menggambarkan rasa pilu, terkejut serta kekosongan yang ditinggalkan oleh insan dipanggil abah.

No Image Caption

Menurutnya, arwah Hassan tidak pernah culas dalam memikul amanah sebagai ketua keluarga, malah sentiasa menjadi tempat bergantung dia dan empat adik-beradik yang lain.

"Hassan Shazali insan bergelar abah pada keluarga kami. Abah insan bertanggungjawab dan bapa kepada kami lima beradik. Adik takkan lupakan saat ini abah. 

"Adik kehilangan seorang ayah yang baik dan amanah kepada keluarga mahupun masyarakat.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Mungkin ALLAH lebih sayangkan abah. Adik tahu semua yang berlaku ada hikmah tapi kehilangan abah sangat sakit bagi adik dan keluarga," kongsinya.

Dalam pada itu, Aufa juga menitipkan doa buat guru Sekolah Kebangsaan Lebir itu. 

“Tidak akan ada pengganti untuk abah. Adik sayang abah sangat. Moga abah tenang di alam sana. 

"Abah tunggu adik di sana, ya. Adik sayang abah. Selamat tinggal abah untuk kali yang terakhir," kongsinya.

No Image Caption

Ungkapan rindu, kasih sayang dan perpisahan terakhir daripada seorang anak kepada ayahnya yang telah meninggal dunia meruntun hati.

Luahan tersebut meraih perhatian ramai di media sosial, rata-rata netizen turut menitipkan kata-kata semangat dan doa agar keluarga ini diberikan kekuatan menghadapi detik sukar tersebut.

Semoga roh Allahyarham Hassan Shazali ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan keluarganya diberi ketabahan serta kesabaran menghadapi kehilangan ini.

Difahamkan, Allahyarham meninggalkan lima anak berusia antara 8 hingga 24 tahun.

Terdahulu, media melaporkan Hassan dan pekerja kantin, Suzaimah Che Azis meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam 61 meter di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring (Bukit Kawah), Hulu Terengganu.

Jenazah arwah  disolatkan di masjid Al Ikhlas, Kedai Menanti, Pasir Puteh dan diimamkan anak sulungnya Amir Haziq Hassan, 24 sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kedai Menanti, Pasir Puteh, 9.10 malam Isnin.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang