Sajat mohon doa, dua minggu batuk kering dan muntah. 'Bila sakit, sunyinya hidup'
“DUA minggu batuk kering sampai muntah… saya cuma minta satu doa.’
Itu luahan memilukan pempengaruh Nur Sajat yang kini terbaring lemah di hospital, jauh daripada keluarga dan tanpa sesiapa di sisi.
Sajat atau nama penuhnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 40, mengakui kesunyian dan tubuh pula dipenuhi wayar.
Memuat naik foto sedang menerima rawatan, Sajat mengaku hidup terasa ‘kosong’ setiap kali nafasnya tersekat dek batuk berpanjangan.
Lebih menyayat hati, di saat dirinya diuji, masih ada yang menghina daripada mendoakan.
“Apabila jatuh sakit begini… barulah terasa betapa sunyinya hidup.
"Jauh daripada keluarga, tiada tangan yang memeluk, tiada suara yang menenangkan. Hanya mesin, wayar dan diri sendiri.
"Ada yang mendoakan, namun tidak kurang juga yang sanggup mengutuk walaupun saya terbaring di hospital," kongsinya di Instagram.
Enggan dikatakan meraih perhatian, Sajat cuma berharap doa agar dirinya dilindungi daripada musibah.

"Saya bukan meminta simpati. Saya hanya memohon satu doa… agar tiada perkara buruk berlaku.
"Kadang-kadang terasa seolah-olah lebih ramai yang menunggu saya jatuh daripada menunggu saya sembuh,” kongsinya.
Dalam pada itu, menerusi hantaran terdahulu, Sajat memohon maaf dan mengakui ada hari dia mampu bertahan, tetapi ada masa terasa sangat lemah hingga seperti hilang tenaga dan sukar bernafas.
“Jika selama ini ada salah atau silap daripada pihak Sajat, Sajat memohon maaf… kerana pada saat ini saya sendiri sedang diuji.
"Sudah hampir dua minggu mengalami batuk kering; makan pun muntah, tubuh tidak menentu, hingus dan kahak pula tidak berhenti.
"Ada kala terasa kuat, ada kala terasa seakan hilang nafas. Saya hanya meminta satu perkara iaitu doa daripada kalian. Batuk ini sangat menyakitkan sehingga meluluhkan hati. Terima kasih kerana masih ada untuk saya," kongsinya.
Dia yang terdahulu merupakan usahawan kosmetik telah berhijrah ke Australia pada 2022.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
