Sayu tatapan terakhir anak bongsu Cikgu Hasnatul Adilah. 'Wajahnya bersih seperti sedang tidur'

No Image Caption
A
A
A

JENAZAH guru wanita yang maut dalam kemalangan di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tangki Air Ramuan China Besar, di sini, pada malam Ahad.

Allahyarhamah Hasnatul Adilah yang merupakan guru penolong kanan (GPK) Hal Ehwal Murid (HEM), selamat disemadikan kira-kira jam 8.50 malam disaksikan 300 ahli keluarga dan sahabat handai.

Sebelum itu, solat jenazah ibu kepada lima orang anak diimamkan oleh anak keempatnya, Muzaffar Shah Saifullizan,19, di Masjid Al Muhtadi, Ramuan China Besar.

Lebih menyedihkan, anak bongsunya, Mohd Farouq, 12, yang terpaksa dipapah oleh adik-beradik yang lain dengan linangan air mata.

No Image Caption

Suasana di masjid hiba apabila Mohd Farouq yang memakai baju pesakit tiba di pekarangan masjid selepas solat Maghrib.

Mohd Farouq yang mengalami kecederaan di kaki dilihat tidak dapat menahan sebak ketika menatap wajah arwah dan ditenangkan oleh ahli keluarga.

No Image Caption

Baca juga: Tragedi rombongan sekolah: Cikgu sempat tanya anak, video call suami sebelum 'pergi' selamanya ketika bertugas

Baca juga: Tragedi rombongan guru: Ustazah Dahlia mangsa ke-4 meninggal dunia, pergi dalam keadaan jihad mencari ilmu

Menerusi laman sosial Facebook, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Ermieyati Samsudin, berkongsi berita pengebumian pendidik itu.

"Jam 8 lebih malam tadi saya mendapat berita dari sahabat-sahabat. Alhamdulillah, jenazah Ustazah Hasnatul Adillah selesai dikebumikan.

No Image Caption

"Ramai yang beri penghormatan terakhir buatnya. Rezeki Ustazah.. wajahnya pun bersih, macam sedang tidur. Allahuakbar, " katanya.

Selain Allahyarham, turut maut Pembantu Pejabat SK Jeram, Hamzah Ahmad, 60, pemandu kedua bas tersebut, Hadi Ashraf Mad Idris, 29 diikuti guru wanita, Ustazah Dahlia Ahmad, 52.

No Image Caption

Dalam kejadian sekitar 1 pagi Ahad, bas yang membawa 39 penumpang temasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi di Muadzam Shah, Pahang.

Bas berkenaan dilaporkan dalam perjalanan ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang