'Selam-selam tahu tahu sampai Thailand.' Gigih cari dalam kebun sawit 4km, rakan kecewa tertipu dengan 'Ija'
PENDEDAHAN Polis Diraja Malaysia mengenai kehilangan pempengaruh permotoran, Ija Nizaruddin lari ke negara jiran selepas menenggelamkan Perodua Axia milik isterinya ke dalam Sungai Kampung Tui, Bukit Kepong, Muar, Johor mengundang pelbagai reaksi orang ramai.
Seorang rakannya dikenali sebagai Shah Affendi meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui kehilangan itu sebagai satu hingga sanggup menyelam ke sungai.

Menerusi Facebook, Shah meluahkan rasa hampa.
"Hari ini (Sabtu), sejak celik mata telefon ini tidak henti berdering. Tolong jangan hubungi saya tanya pasal kes 'selam-selam' tahu tahu saja dia sampai Thailand.
"Aku mencari dia dekat dalam kebun sawit keluasan empat kilometer, tahu-tahu begitu jer ditipu," Ujar Shah lagi
Dia juga bersimpati dengan rakan-rakan yang datang dari pelbagai negeri semata-mata ingin mencari influener berusia 38 tahun itu.
"Tapi tak mengapalah, niat kita nak bantu kawan walaupun niat tak kena dengan cara dia balas.
"Kasihan beb member dari jauh datang cari kau, sampai ada keluar air mata jantan.
"Kalau ingat semula, sejak hari hilang sampai sekarang boleh jadi gila beb, tak tahu lah apa dia pikir sampai buat macam ni.
"Lepas ni kalau kawan lemas depan mata pun mungkin aku buat tak tahu," kongsinya.


Dalam masa sama, pemuda itu turut menaruh belas kasihan kepada pihak berkuasa yang telah bertungkus-lumus menjalan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selama empat hari.
"Ija, Ija, Ija… kenapa lah kau buat macam ni kat kawan-kawan? Tahu tak kami ini semua tak larat makan, tak tidur selama empat hari tiga malam?
"Kami semua kena terpedaya dengan perbuatan tidak bertanggungjawab kamu. Kawan satu Malaysia turun Muar kamu sebab bimbang dan ikhlas, kawan.
"Kasihan pihak berkuasa, pihak polis, pihak bomba dan penyelamat yang membazir masa, tenaga dan sumber untuk cari Ija yang sengaja menghilangkan diri.
"Apa pun, kami semua syukur Ija masih hidup dan selamat," kongsinya pada hantaran lain.
Terdahulu, SinarPlus berkongsi kehilangan lelaki itu rupanya dirancang untuk kepentingan peribadi dan dipercayai bertujuan mengaburi pihak berkuasa.
Lebih memeranjatkan, Ija dipercayai menenggelamkan kereta milik isterinya di Sungai Tui, Lenga sebelum melarikan diri ke negara jiran iaitu Thailand.
Adiknya dikatakan bersubahat serta sengaja berpura-pura menjalankan usaha pencarian bagi mengelirukan polis.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam serta Seksyen 109 kerana bersubahat melakukan kesalahan.
Jika disabitkan, mereka boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, media melaporkan (SAR) bagi mengesan Ija telah ditamatkan pada Jumaat selepas empat hari dijalankan tanpa sebarang petunjuk baharu.
Isteri dan adiknya juga telah diambil keterangan pada malam Selasa.
Sumber: Facebook
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
