So Cute! Usia dua tahun, Tengku Johan masuk prasekolah Montessori & siap belajar bahasa Melayu, Inggeris dan Sweden
COMELNYA Tengku Muhammad Johan Petra. Anakanda kepada adinda Sultan Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra dan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra tidak lepas daripada sorotan warga maya.
Pejam celik, sudah dua tahun usia si kecil ini dan kini memulakan perjalanan awal pendidikannya di prasekolah.
Bonda, Che Puan Sofie berkongsi perkembangan terbaharu putera diraja itu. Memuat naik foto berpimpinan tangan ke tadika, si cilik itu dikatakan akan mempelajari tiga bahasa.
"Hari pertama Johan di prasekolah. Di prasekolah itu, mereka bertutur dalam Bahasa Inggeris dan Melayu.
"Kami juga bernasib baik kerana terdapat sekolah Sweden di Malaysia," kongsinya.

Dalam pada itu, Che Puan Sofie juga berkongsi lanjut tentang aliran Montessori yang menjadi yang menjadi pilihan buat pendidikan awal puteranya.
"Kaedah pendidikan Montessori, satu pendekatan pendidikan yang menekankan minat dan aktiviti semula jadi kanak-kanak berbanding kaedah pengajaran formal.
"Kaedah ini diperkenalkan pada awal abad ke-20 oleh seorang doktor perubatan dari Itali, Maria Montessori, yang membangunkan teorinya melalui eksperimen saintifik bersama kanak-kanak dalam pelbagai situasi.

"Sejak itu, kaedah ini telah digunakan di banyak tempat di seluruh dunia, sama ada di sekolah awam mahupun swasta," kongsinya.
Artikel berkaitan:
- Comel persis ayahanda & bonda, Tengku Muhammad Johan Petra jadi tumpuan warga maya. 'So cute!'
Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Johansson Petra selamat lahirkan anakanda pertama
Tengku Muhammad Johan Petra putera menyerikan rumah tangga Tengku Mahkota, Che Puan Mahkota Kelantan
Hantaran Che Puan Sofie menerima pelbagai komen dan ucapan selamat daripada warganet. Tidak kurang yang memuji kecomelan Tengku Johan. Ujar mereka:
"Perkembangan dalam aliran Montessori berjalan dengan baik. Dia memang bertuah kerana berpeluang menguasai tiga bahasa."
"Prasekolah Montessori memang memberi pengalaman yang hebat untuk anak-anak! Semoga Tengku Johan juga seronok, semoga berjaya!"
"Comel sangat Tengku Johan."
"So cute Tengku Johan."
Sekadar info, Tengku Muhammad Johan Petra yang berdarah kacukan Sweden itu kepada diputerakan pada 17 Julai 2023 di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan.
Dr Tengku Muhammad Faiz Petra dan Che Puan Sofie melangsungkan perkahwinan pada 19 April 2019 selepas bertunang pada 14 Februari 2018.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

