Suami campak troli tular, pergaduhan dengan isteri dalam pasar raya. 'Panas baran tak kena tempat...'
BARU-baru ini tular di laman sosial TikTok rakaman video memaparkan pergaduhan melibatkan seorang lelaki dan wanita dipercayai suami isteri di sebuah pasar raya.
Video berkenaan yang berdurasi 25, 12 dan 10 saat itu menjadi memaparkan tindakan ganas lelaki berkenaan melemparkan beberapa barangan yang ada di dalam troli pasar raya.
Tidak lama kemudian, isterinya kemudian menegur tindakan itu dan cuba menghalang lalu bermulanya 'pergaduhan mulut.'
Malah, lelaki berusia lingkungan 40-an tersebut terus melemparkan barangan sebelum menterbalikkan troli ke lantai.
Tindakan berkenaan telah menarik perhatian orang ramai termasuk pengawal keselamatan pasar raya berkenaan
Sementara itu seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Edin Komeng menghampiri wanita berkenaan dan cuba menenangkan.
"Eii geramlah saya. Bukan selalu pergi shopping. Baru kat ST Rosyam dah layan saya macam ni," kata wanita berkenaan.
Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan sudah mencecah tontonan tertinggi 6.6 juta dan meraih pelbagai reaksi yang rata-rata tidak berpuas hati.
Lebih sayu, kejadian itu berlaku menjelang Aidiladha yang akan dirayakan beberapa hari lagi.
"Suami durjana. Aku memang tak boleh sungguh lelaki baran tak kena tempat! Kau kalau ada masalah bincang di rumah, bukan di tempat awam begini. Lelaki begini confirm naik tangan, percaya lah."
"Saya paling tak suka lelaki panas baran, lagi-lagi terhadap keluarga dan ketika di atas jalan raya. Esok lusa kalau orang jauhkan diri, orang pulaukan dan jangan sedih."
"Cukup pantang lempar makanan macam ni."
"Entah lah. Nampak mcm suami dia lama dah pendam kena verbal abuse. So this is defense mechanism."
"Jika content, ini content paling tidak baik kerana tiada contoh yang baik ditonjolkan. Jika betul-betul, nauzubillah."
"Perkahwinan bukan penjara, kalau tak serasi, cerai. Buat apa seksa mental hidup dengan orang gila."
"Harap pihak mall atau supermarket ambil kerana telah merosakkan barang selain mengganggu ketenteraman awam."
Isteri menjadi mangsa suami panas baran bukan perkara baharu. Malah ia biasa terjadi di tempat awam.
Januari lalu seorang wanita ditampar suaminya ketika berjalan keluar dari lokasi majlis sambutan Tahun Baharu Cina tular di laman sosial.
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
