Tahniah 4A+, 5A! Cucu nenek tular baca Yasin ketika SPM 2024 raih keputusan cemerlang, netizen berjurai air mata

No Image Caption
A
A
A

TENTU ramai yang masih ingat kisah seorang nenek yang hadir membacakan Yasin semasa cucunya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024?

Menurut seorang pengguna laman sosial TikTok, Cikgu Muhammad Nazri, pelajar lelaki berkenaan meraih keputusan cemerlang 4A+, 5A dalam peperiksaan tersebut.

Berkat kesungguhan pelajar yang kematian ibu pada Oktober lalu dan kegigihan neneknya hadir memberikan sokongan, ALLAH memberikan rezeki kecemerlangan.

No Image Caption



Difahamkan, warga emas tersebut hadir ke maktab berkenaan setiap hari bagi mendoakan dan membaca Yasin sepanjang peperiksaan berlangsung Januari lalu.

"Viral nenek baca Yasin masa cucu ambil SPM. Kalian nak tengok hasilnya #spm2024," katanya yang memuat naik salinan slip keputusan milik pelajar tersebut.

No Image Caption



Baharu dimuat naik beberapa jam lalu, hantaran yang meraih lebih 300,000 tontonan itu meruntun hati warganet.

Rata-rata meluahkan rasa terharu dan tumpang gembira dengan keputusan cemerlang yang diraih. Tidak kurang yang mendoakan dengan keputusan itu remaja berkenaan memperolehi masa depan yang cerah.

No Image Caption



"Alhamdulillah tahniah dik. Kakak berjurai air mata sebab kamu. Pengorbanan orang tuamu."

"Pengajaranya yang kita dapat daripada kisah ni pertama, meminta hanya pada ALLAH, berdoa selepas berusaha juga kepada ALLAH, sandarkan harapan dan keyakinan kepada ALLAH dan dalam apa juga keadaan kembalilah kepada-NYA."

"Alhamdulillah tahniah. Apabila tengok video nenek ini, memang sudah terdetik dalam hati yang cucunya pasti anak yg hebat. Tahniah dik."

"Nenek memang inspirasi! Cara dia betul, moga jadi ikutan. Tahniah anak muda."

"Moga terus berjaya adik! Miliki masa depan yang cerah dan karier bermanfaat untuk berbakti kepada keluarga masyarakat."


Sekadar info, ibu bapa kepada calon peperiksaan boleh mengamalkan langkah berikut yang disarankan Datuk Dr Fadzilah Kamsah agar anak yang sedang menghadapi peperiksaan menjawab dengan tenang.

Lakukan mengikut urutan ini dan baca surah Yasin sebagai ikhtiar penerang hati.

1. Ambil wuduk

2. Menghadap kiblat.

3. Mengucap dua kalimah syahadah (tiga kali)

4. Membaca Al-Fatihah (10 kali)

5. Membaca surah Al-Ikhlas, surah Al-Falaq dan surah An-Nas (tiga kali)

6. Membaca surah al-Insyirah (sekali)

7. Berselawat ke atas Nabi (10 kali)

8. Membaca Yasin (sekali)

9. Surah al-Insyirah 100 kali. Niatkan di dalam hati supaya ALLAH SWT mempermudahkan anak-anak menjawab soalan dengan tenang, betul, tepat dan sempurna.

Amalan ini boleh dilakukan sama ada di rumah atau di tempat kerja atau di mana sahaja ketika anak-anak sedang berada di dewan peperiksaan.

Artikel Berkaitan:

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang