Tampan persis bintang K-pop, hos live TikTok jadi perhatian. Komen warganet buat ramai terhibur

No Image Caption
A
A
A

'MUKA dia macam Jung Kook."

Itu antara komen orang ramai terhadap hos live TikTok Shop yang menjadi perhatian warganet.

Pemuda berkenaan yang mempromosikan jualan barangan lelaki seperti kasut, tuksedo dan cermin mata hitam. Biarpun siaran langsung itu menjual pakaian lelaki namun kebanyakan yang menjadi penonton ialah wanita.

“Dia orang punya pelanggan sasaran adalah lelaki, tapi masalahnya yang komen semua perempuan. Memang ‘tak jalan’ jualannya,” titip seorang netizen.

No Image Caption

Mengakui berasal dari Johor selepas ditanya warganet, pemuda berkulit cerah itu kemudian kelihatan gelisah dan 'malu-malu' apabila ‘diganggu’ para wanita yang tertarik dengan paras rupanya.

Artikel berkaitan:

Masakan tidak, penonton yang kebanyakannya wanita hanya meninggalkan komen tidak berkaitan barangan yang dijual sebaliknya hanya soalan-soalan berkaitan hos kacak itu.

Tidak kurang yang memuji hos dipercayai berbangsa Cina yang lancar bertuturan dalam Bahasa Melayu.

Malah ada yang percaya aura elegannya menjadikan barangan dipromosi tampak mahal.

"Mungkin kedai-kedai TikTok lain sudah boleh mula upah hos kacak dan cantik."

"Bahasa Melayu dia bagus betul, tiada slang."

No Image Caption

"Aku rasa dia seperti biasa sahaja, cuma auranya mahal. Nampak elegan."

“Abang pakai apa pun elok.”

“Kenapa orang Johor kacak-kacak?"

Difahamkan, siaran langsung berkenaan menerima lebih 364,000 tanda suka dan hampir 2,000 tontonan.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang