Amber Heard miliki bentuk wajah paling ‘perfect’ di dunia, saintis sahkan
AMBER Heard, bekas isteri aktor Johnny Depp menjadi tumpuan dunia baru-baru ini selepas diselubungi kontroversi kes saman fitnah bernilai RM65 juta. Namun tahukah anda pelakon Aquaman 1 itu sebenarnya memiliki bentuk wajah yang hampir sempurna?
Ramai mungkin mencemuh Heard atas perbuatan dilakukannya sepanjang sebumbung dengan Depp yang didedahkan semasa perbicaraan di mahkamah baru-baru ini.
Baca juga: Amber Heard bayar USD$15 juta kepada Johnny Depp, kahwin hanya 15 bulan
Namun dari aspek kejelitaan, aktres itu memiliki rupa paras yang paling cantik dan sempurna mengikut piawaian saintifik. Ini bukan cakap-cakap kosong, tetapi disahkan menerusi formula khas yang dibangunkan oleh saintis iaitu Golden Ratio.
Baca juga: Buka akaun TikTok, Amber Heard sindir Johnny Depp
Golden Ratio digunakan Yunani purba, menggunakan nisbah 1.618 merujuk kepada formula perkadaran yang telah dikatakan untuk mengenal pasti wajah yang paling sempurna secara matematik.
Pakar bedah kosmetik Britain, Dr Julian De Silva berkongsi rasionalnya dan mengisytiharkan skor wajah Heard 91.85 peratus hampir sempurna selepas dinilai dengan menggunakan teknologi pemetaan muka digital.
Baca juga: Janji beri kebahagiaan, Amber Heard dilamar lelaki Arab Saudi
Golden Ratio secara alternatif ditandakan dengan huruf Yunani phi (Φ), boleh diperhatikan dalam semua reka bentuk. Semakin dekat perkadaran mana-mana objek yang diberikan kepada phi, maka ia dikira hampir dengan kesempurnaan.
De Silva menganalisis 12 titik pada muka Heard menggunakan gambar aktres itu ketika acara permaidani merah tahun 2016. Mata, hidung, bibir, dagu dan keseluruhan kepala meraih skor hampir 92 peratus.
Wionews melaporkan tidak hanya bekas isteri Johnny Depp itu sahaja tersenarai memiliki raut wajah hampir sempurna.
De Silva turut menyenaraikan bintang realiti, Kim Kardashian mempunyai kening paling sempurna, pelakon Emily Ratajkowski mempunyai bibir hampir sempurna.
Supermodel Kate Moss mempunyai dahi paling cantik manakala mata Scarlett Johansson paling menawan.
Aktor kacak, Robert Pattinson juga memiliki wajah hampir sempurna dengan skor 92.15 peratus.
Baca juga: Atlet bola tampar Turki curi tumpuan, jelita persis ratu cantik
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang