Teman wanita terima gambar matahari terbit, hasrat Haqim nak mendirikan rumah tangga tidak kesampaian
HASRAT Allahyarham Haqim Abdul Rahim Lee,20 untuk mendirikan rumah tangga hujung tahun ini tidak kesampaian selepas ditemui lemas dan tersangkut di batuan pantai Batu Layar semalam.
Ibu mangsa, Roha Robat berkata, anaknya pernah menyatakan hasrat untuk menamatkan zaman bujang pada Disember tahun ini bersama pasangan pilihannya.
"Haqim memang berhasrat nak bernikah dengan gadis pilihannya hujung tahun ini, setakat cakap-cakap sajalah...persiapan apa pun masih tak buat lagi.
"Tetapi tidak sangka, hajatnya itu tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi pada Isnin.
Haqim yang juga pekerja di kedai peralatan sukan tidak menunjukkan sebarang kelakuan aneh, malah mangsa sempat mengadu jarinya terkena pisau kepada ibunya.
“Saya tak sangka itu merupakan perbualan terakhir saya dengan arwah sebelum dia lemas ketika mandi di laut.
Dalam pada itu, teman wanita Haqim, Nor Alia Shafikah Abas, 20 mendedahkan ada menerima pesanan ringkas terakhir daripada mangsa yang menghantar gambar matahari terbit di pantai.
Menurut wanita itu, mereka mula berkenalan enam tahun lalu ketika sama-sama bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Desa Jaya.
Baca juga: Dua sahabat ditemui lemas. 'Ibu larang mandi laut, kini adik bongsu pergi buat selamanya'
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang