'Tersangkut pada jaring.' 3 hari tanpa jejak, kehilangan Cikgu Murdani terjawab, ditemui maut di Sungai Pahang. Doa isteri termakbul

No Image Caption
A
A
A

PILUNYA! Tiga hari keberadaannya dicari, guru lelaki yang hilang sejak Ahad lalu akhirnya ditemui dalam keadaan menyayat hati di mana dia ditemui maut di Sungai Pahang, kira-kira 300 meter dari lokasi dilaporkan terjatuh.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK), Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan, Chenor, Pahang iaitu Murdani Bin Abd Rahman, 53, itu ditemui tersangkut pada jaring kira-kira 300 meter dari rumah rakit di Jeti Chenor, kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi.

Mangsa yang berusia 53 tahun itu dilaporkan terjatuh ke Sungai Pahang ketika memancing bersama seorang rakan di rumah rakit dekat jeti Chenor, kira-kira jam 6 petang, Ahad lalu.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jengka untuk proses bedah siasat, Allahyarham meninggalkan seorang balu, Nooradiwati Mohamed, bertugas sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Jengka 19, dan empat anak berusia antara 17 dan 28 tahun.

No Image Caption

Menurut Malaysia Gazzette, Nooradiwati sempat berdoa suaminya segera ditemui termakbul.

“Saya harap dapat jumpa hari ini.

“Saya nak itu sahaja (jumpa), sebab dia jatuh pada hari Ahad. Dah masuk tiga hari,”kata Nooradiwati Mohamed.

Artikel Berkaitan:

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jengka 19 itu berkata, beliau mendapat perkhabaran mengenai kejadian malang yang menimpa suaminya kelmarin menerusi panggilan telefon daripada rakan anaknya.

Nooradiwati mengetahui arwah sering ke tempat kejadian untuk memancing bersama rakan-rakan, namun tidak menyangka kejadian tersebut boleh berlaku.

“Saya reda, tapi saya harap walau apapun keadaannya (suami), dapat lah jumpa hari ini. Insya-ALLAH,” tambahnya.

Lebih memilukan, ketika ditemu bual, beliau mendapat perkhabaran awal mengenai penemuan jasad suaminya.

Mengenang pemergian pendidik itu, pihak sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan dalam hantaran di Facebook rasmi mengucapkan takziah.

No Image Caption

"Dengan rasa sedih dan pilu, saya ingin menyampaikan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Cikgu Murdani bin Ab. Rahman, GPK Kokurikulum SMK Tengku Ampuan Afzan.

"Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Jasanya sebagai pendidik amat besar dan akan terus dikenang. Salam takziah kepada keluarganya," kongsinya.

Manakala bekas pelajar, Alisah Lisah juga berkongsi luahan sedih pemergian Cikgu Murdani.

"Al-Fatihah buat arwah Cikgu Murdani Bin Abd Rahman. Semoga cikgu tenang disana,halalkan segala ilmu yang cikgu berikan kepada kami semua. #dalamkenangan," kongsinya.

No Image Caption

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan Wong Kim Wai, Cikgu Murdani Mangsa dipercayai memancing bersama seorang rakannya di sebuah rumah rakit di Pekan Lama Chenor kira-kira 5.50 petang, hari Ahad sebelum disedari terjatuh ke dalam sungai dan tenggelam dihanyutkan arus deras.

Rakannya bersama beberapa penduduk kampung berhampiran cuba membantu namun mangsa gagal diselamatkan.

Katanya, proses pengecaman sudah selesai disahkan oleh keluarga.

Sumber: Malaysia Gazette, Harian Metro, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang