Tiada lebam atau tanda didera, otak Zara Qairina disyaki cedera teruk, pendarahan dalaman - Doktor

No Image Caption
A
A
A

INKUES kematian Zara Qairina memasuki hari keempat menyaksikan saksi ketiga, Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Queen Elizabeth (HQE) Dr Janefer Voo hadir dalam prosiding di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.

Dr Janefer dalam prosiding inkues memaklumkan beliau menerima pesakit perempuan bernama Zara Qairina Mahathir yang dalam keadaan tidak sedarkan diri pada jam 4.38 pagi 16 Julai lalu.

Berikut info berkaitan yang dilaporkan Sinar Harian:

1-Menurut Dr Janefer, pesakit berkenaan dijumpai di tingkat bawah asrama sekolah dan hasil pemeriksaan mendapati selain tidak sedarkan diri, bahagian belakang kepala pesakit cedera, bengkak dan berdarah.

No Image Caption

2-Katanya, pesakit berkenaan juga patah tulang tertutup pada pergelangan tangan kiri, patah tulang terbuka pada buku lali kaki kiri dan patah tulang tertutup pada buku lali sebelah kaki kanan.

3-Selepas pemeriksaan dijalankan, 'Trauma Alert' telah diaktifkan di Jabatan Kecemasan HQE pada jam 4.42 pagi pada tarikh sama untuk rujukan segera kepada pasukan daripada Jabatan Neurosurgeri, Ortopedik, Pembedahan, dan Anestesiologi. Sementara proses resusitasi dilakukan ke atas pesakit.

4-Hasil pemeriksaan Dr Janefer, pesakit berkenaan disyaki mempunyai kecederaan otak yang teruk terdapat kecederaan pada bahagian belakang kepala dan patah tulang pada kedua-dua buku lali dan pergelangan tangan kiri, dan disyaki mempunyai pendarahan dalaman.

Artikel Berkaitan:

5-Dalam kenyataan itu, beliau juga menyatakan bahawa disebabkan tekanan darah mangsa terlalu rendah, pesakit disyaki mengalami kecederaan dalaman 'due to High Impact' pada badan yang menyebabkan pendarahan dalam badan.

6-Hasil pemeriksaan yang dilakukan olehnya, tiada sebarang kesan lebam atau tanda penderaan pada tubuh pesakit tersebut. Yang ada hanya ada kecederaan pada bahagian belakang kepala dan patah tulang di tangan kiri dan kedua-dua buku lali.

No Image Caption

7-Selepas proses resusitasi dan pengimejan dilakukan, pesakit didapati mengalami pendarahan pada otak, kepatahan tulang terbuka pada buku lali kiri dan tumit kiri, kepatahan tulang tertutup pada tulang tangan kiri dan kaki kanan, tulang belakang lumbar dua, tiga dan empat patah dan darah beku pada tulang pinggul dan otot psoas kiri.

Menurut peguam, Datuk Ram Singh, difahamkan dua orang doktor dari HQE akan dipanggil sebagai saksi seterusnya dalam prosiding hari ini. 

Manakala, individu yang menghantar Zara Qairina menaiki ambulans dari Kinarut ke HQE akan dipanggil sebagai saksi pada minggu ini.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang