Tin tanpa basuh terus buka dan minum. Pemuda maut jangkitan kencing tikus, bapa kongsi kisah duka. 'Anak baik, hafal al-Quran...'

No Image Caption
A
A
A

PERKONGSIAN pilu seorang bapa tentang pemergian anak sulungnya akibat akibat jangkitan kencing tikus menyentuh hati warga maya.

KISAH pilu kehilangan  selepas mendaki bukit bertukar tragedi apabila pemuda tersebut meninggal dunia akibat jangkitan kencing tikus yang dipercayai terdapat kesan najis atau air kencing haiwan kecil itu.

Tular hingga menerima hampir 18,000 perkongsian bapa, Mohd Azizuddin Aziz mengenang detik terakhir bersama arwah yang dikenali sebagai Along menyentuh hati ramai.

Difahamkan, Along pada mulanya sihat dan bertenaga semasa menyertai pendakian bersama rakan-rakannya pada hari Ahad namun kesihatan pemuda itu merosot dan berakhir dengan kematian mengejut. 

Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan

"Hari Rabu, Along sudah menerima cuti sakit dan cuba melawan sakitnya dengan pelbagai cara bersenam bagi mengeluarkan peluh. Biasanya itulah rutin harian yg dilakukan bila badan terasa demam .

"Khamis kesihatannya semakin merosot. Kawan serumah telah membantu dengan pelbagai cara dan akhirnya dihantar ke klinik swasta untuk rawatan susulan.

"Setelah rawatan dilakukan, Along dibekalkan satu salinan surat untuk dirujuk pada Hospital Besar Melaka. Hatinya mula terdetik ini bukan sakit biasa-biasa," titip bapa.

Artikel Berkaitan:

Along kemudiannya dirujuk ke Hospital Melaka untuk rawatan susulan. Dari sini, Mohd Azizuddin selaku bapa mula merasa risau. 

Dia segera meminta bantuan kenalan kampung untuk menghantar mereka sekeluarga dari Kedah ke Melaka. 

Ketika dalam perjalanan, pihak pusat rawatan menghubungi memaklumkan keadaan lelaki itu yang semakin tenat.

Menerusi sebuah panggilan, Along sempat memberikan kata-kata terakhir kepada ibu, ayah serta adik-adik sebelum disahkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.30 malam.

Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan

"Ya ALLAH kuatkanlah hati aku ini yang dicipta sebagai pemimpin dalam keluarga.."

"Hampir jam 08:30 malam jumaat. panggilan terakhir masuk dari Hospital Besar Melaka..

"Innalillahi wainna ilaihi rojiun.." sabar yaa..

"Apa yang aku rasa tadi dan mereka katakan benar-benar berlaku. Ya ALLAH kuatkanlah kami untuk hadap semua itu," kongsinya.

Malah, menurut bapa, jenazah Along dalam keadaan yang baik tidak seperti kebanyakan mayat individu yang mengalami jangkitan tersebut.

"Kata penjaga bilik mayat tersebut, jarang jumpa jenazah macam ni. Jika terkena jangkitan kuman kencing tikus biasanya darah akan kering dan tak akan keluar melalui hidung macam ni.

"Selalunya ketika habis umur darah akan keluar melalui dubur dan mulut dengan banyak. Ini cuma melalui hidung sahaja." 

"Maha Suci ALLAH. Dia anak yang baik dan solatnya sentiasa di awal waktu. Wuduk pun diambil dengan penuh tertib, bukan sekadar syarat. 

"Al-Quran dihafal sejak kecil. Mungkin semua itu adalah asbab dan hikmah di sebalik pemergiannya yang tenang," tulisnya.

Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan

Menurut doktor, jangkitan yang menyerangnya datang daripada sejenis kuman daripada  air kencing tikus.

Bapa itu turut berkongsi kronologi kematian Along yang mana jangkitan kuman daripada kencing tikus bukan dari air terjun mahupun pokok beracun tetapi dari tin minuman yang dibeli sendiri.

"Hanya satu tin, tanpa basuh Along terus buka dan minum pada hari pendakian.

"Daripada lima dari pendaki tersebut hanya Along yang kena serangan kuman. Ingatan buat semua ambil ini sebagai pengajaran.

"Empat hari sahaja serangan kuman secara diam telah menghancurkan buah pinggangnya, paru-paru, saraf  dan jantung," luah si bapa.

Sekadar info, menurut portal Kementerian Kesihatan Malaysia, leptospirosis ialah sejenis penyakit zoonosis (penyakit yang berjangkit daripada haiwan kepada manusia), yang disebabkan oleh bakteria dari genus Leptospira.  Manusia boleh dijangkiti apabila terdedah kepada air, makanan, atau tanah yang dicemari dengan  air kencing haiwan yang terjangkit seperti tikus, kucing, anjing, lembu, kambing, babi, kuda dan haiwan-haiwan liar yang lain.

Tempoh masa inkubasi iaitu tempoh dari masa terdedah sehingga timbul gejala adalah di antara dua hingga 10 hari.  

Penyakit ini menunjukkan pelbagai gejala klinikal. Di antara gejala jangkitan leptospirosis yang boleh ditunjukkan oleh pesakit adalah demam bersuhu tinggi, sakit kepala, menggigil (chills), sakit otot, muntah, jaundis (penyakit kuning), radang mata, sakit perut, cirit-birit,  batuk dan ruam di kulit.

Pengesanan bakteria Leptospira melalui hanya boleh dikesan melalui kultur daripada sampel darah, air tulang belakang (cerebrosipinal fluid) dan air kencing

Ujian serologi bagi mengesan antibodi spesifik seperti ujian Microscopic Agglutination Test (MAT), teknik ujian Immunofluorescent (IF) dan ELISA.

Sekadar gambar hiasan
Sekadar gambar hiasan

Apakah langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang boleh diambil?

1-Bagi pekerja yang mempunyai risiko terdedah kepada air yang tercemar hendaklah sentiasa berkasut dan berpakaian yang sempurna, sebaiknya yang kalis air.

2-Elakkan diri dari bermain air atau bermandi manda di sungai atau kolam jika terdapat luka atau kudis pada kulit. Jika masih juga terpaksa terdedah kepada air, tutup luka atau kudis tersebut dengan sempurna dengan plaster kalis air.

3-Risiko pencemaran biasanya meningkat selepas hujan. Oleh itu, elakkan aktiviti-aktiviti rekreasi melibatkan air sewaktu hujan dan selepasnya sehingga keadaan air kembali seperti biasa. Begitu juga, elakkan diri bermain air sewaktu musim banjir.

4-Elakkan meminum air sungai yang tidak dimasak atau dirawat.

5-Sentiasa menjaga kebersihan persekitaran bagi mengelakkan kehadiran perumah haiwan khususnya tikus dan meningkatkan risiko pencemaran dengan bakteria berkenaan. Sampah sarap dan sia makanan yang tidak dilupuskan secara sempurna mengundang kehadiran haiwan ini.

6-Orang ramai dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan jika mendapat gejala penyakit dalam tempoh dua minggu dari  tempoh mengunjungi tempat-tempat  rekreasi (seperti kawasan air terjun, air sungai, tasik, kolam dan lain-lain).

Sumber: Facebook, KKM

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang