Tragedi bas persiaran berulang, 2 maut, 16 cedera, libatkan lori tunda & lori tangki

TIDAK sampai sebulan selepas kemalangan tragis melibatkan bas sewa khas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris yang meragut 15 nyawa, satu lagi nahas berlaku mengakibatkan dua maut.
Kejadian pada awal pagi Khamis, di Kilometer 80.7 Lebuhraya PLUS arah selatan di Batu Pahat melibatkan sebuah bas persiaran, lori tunda jenis Volvo dan lori tangki.

Berikut info awal kejadian yang dikongsikan Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Pegawai Bomba Kanan (PBK II) Md Isa Masngun.
1-Bas berkenaan membawa 46 penumpang terdiri daripada 44 lelaki dan dua wanita.
2-Dua penumpang lelaki tersepit dan disahkan maut di tempat kejadian manakala 16 yang lain mengalami kecederaan.

3-Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 12.44 tengah malam dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yong Peng bergegas ke lokasi kemalangan.
4-Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi, didapati dua penumpang lelaki bas berusia 43 dan 44 tahun maut.
5-14 penumpang lelaki, seorang penumpang wanita serta pemandu bas mengalami kecederaan sementara selebihnya iaitu 27 penumpang lelaki dan seorang wanita tidak mengalami sebarang kecederaan
6-Pemandu lori tunda berusia 42 tahun dan pemandu lori tangki berusia 33 tahun turut selamat.

7-Pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
8-Semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia dandibantu jentera Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) bagi rawatan lanjut.
9-Operasi berkenaan dikawal sepenuhnya pada jam 3.02 pagi.
Sumber: Sinar Harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang