Tragis! Kanak-kanak autisme ditemui meninggal dunia selepas lima hari hilang

No Image Caption
A
A
A

KANAK-kanak autisme yang dilaporkan hilang Ahad lalu ditemui tidak bernyawa, tersangkut pada pokok buluh di tebing Sungai Tamparuli, hari ini.

Mayat Muhammad Aniq Faiz Muhammad Ashraf, 5, ditemui pada jam 12.20 tengah hari oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjalankan operasi tersebut.

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, operasi SAR yang memasuki hari kelima dimulakan pada jam 8.35 pagi.

"Operasi SAR bersama agensi penyelamat lain dimulakan dengan memperluas radius pencarian yang merangkumi kawasan darat dan sungai, dilakukan secara harung di sekitar kawasan tersebut.

"Kira-kira empat jam kemudian, akhirnya jasad kanak-kanak tersebut ditemui tersangkut pada buluh di tepi sungai, iaitu sejauh tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, pasukan bomba kemudian melakukan operasi mengangkat mayat ke darat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.15 tengah hari," jelasnya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila ahli keluarganya berkongsi tentang kehilangan kanak-kanak autisme tersebut setelah menyedari tiada kelibatnya di rumah dan hanya menjumpai anak patung miliknya di luar kediaman mereka di Kampung Bahagia II, Tamparuli.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang