'Di mana Muhammad Aniq Faiz?' Si kecil autisme hilang, hanya anak patung ditemui
KE manakah kanak-kanak autisme, Muhammad Aniq Faiz Muhammad Ashraf? Si kecil berusia lima tahun itu dilaporkan hilang sejak Ahad lalu hingga kini gagal ditemui.
Pasti pilu hati ibu ayah apabila si kecil yang disayangi tidak dapat dikesan keberadaannya selepas dipercayai keluar dari rumah keluarga Kampung Bahagia II, Tamparuli, berdekatan belakang Pejabat Daerah Tamparuli, Tuaran, Sabah.
Pelbagai usaha dilakukan tidak berjaya dan apa yang memilukan, hanya patung mainannya ditemukan!
Berikut 10 info berkaitan yang boleh digunakan untuk mengesan anak syurga itu:
1-Muhd Aniq Faiz disedari hilang oleh ahli keluarganya apabila tidak ditemui di dalam rumah.

2-Pencarian di sekeliling rumah hanya menemui anak patungnya yang berada di luar dan usaha mencari diteruskan dengan melaporkan kepada pasukan keselamatan.
3-Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Mohamad Nor Amit, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kehilangan itu dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada jam 1.52 petang.
4-Seramai 10 anggota dari BBP Tuaran dibantu lapan lagi anggota bomba dari BBP Kota Kinabalu, Lintas dan Putatan serta dua ekor anjing pengesan dari Unit K9 dikejarkan ke lokasi kejadian sejauh 11 kilometer.

5-Pasukan bomba bersama anggota dari agensi PDRM dan APM membuat pencarian di kawasan mangsa dilaporkan hilang dengan bantuan anjing pengesan K9.
6-Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari pertama, pasukan penyelamat mencari dalam radius pencarian 300 meter dari mangsa dilaporkan hilang.
7-Operasi kemudian disambung semula pada jam 8.50 malam oleh pasukan Bomba dan anggota APM. Pencarian diteruskan hingga awal pagi Isnin, namun sehingga jam 5.30 pagi, mangsa masih belum ditemui.
8-Difahamkan, Muhammad Aniq Faiz didiagnosis sebagai autistik non verbal iaitu mengalami kesukaran berkomunikasi bukan lisan. Beliua juga merupakan pemegang kad OKU.

9-Ketika hilang, si kecil itu memakai seluar berwarna biru dan putih.
10-Menurut perkongsian warga maya, kepada yang menemukan kanak-kanak itu diminta menghubungi keluarga di talian 016-587 4384.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Sama-sama kita doakan agar Muhammad Aniq Faiz ditemui dalam keadaan selamat.
Sumber" Facebook, Sinar Harian, TV Sarawak
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
