'Terima kasih umi & abi, ini rahsia Tuhan...' Anak kongsi momen Ustaz Azhar Idrus hantar daftar kolej, luahan hati undang sebak!

No Image Caption
A
A
A

MOMEN menghantar anak melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) tentunya menjadi sangat bermakna buat ibu bapa.

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus juga tidak terkecuali menjalankan tugas sebagai bapa menghantar anak lelakinya Muhammad Rasydan Rayyan, 19, ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Terengganu.

Muhammad Rasydan atau Ash yang mengikuti kursus Teknologi Penyenggaraan Mekanikal berkongsi luahan menerusi laman sosial TikTok miliknya.

Difahamkan, kepada Ustaz Azhar dan ibu Muhammad Rasydan sudah berpisah.

Seperti bapa yang lain, Ustaz Azhar menghantar anaknya ke dorm penginapan.

"Ini rahsia tuhan yang ingin saya ceritakan, Umi dan Abi.

No Image Caption

"Kepada umi abi. Terima kasih kerana jaga Ash sejak kecil sampai besar. Terima kasih kerana mengajar Ash menjadi kuat sebagai anak sulung daripada tiga adik-beradik.

"Terima kasih jugk Abi Umi menanggung makanan Ash, Ash tidak pernah meminta tapi Abi dan Umi bagi sahaja tanpa ditanya.

Artikel Berkaitan:

"Ash minta maaf atas dosa besar dan kecil dari dulu sampai sekarang. Ash selalu rindu Umi Abi ketika kalian tidak bersama Ash.

"Ash tahu banyk susahkan Abi dari segi kewangan tapi itu memang nafkah dari Abi untuk Ash dan adik-adik.

"Ketika terakhir pelukan Umi, Ash menangis dalam hati kerana tahu sebagai lelaki Ash kena kuat.

No Image Caption

"Terima kasih Umi Abi sudi hantar Ash ke kolej dan sudi angkat barang. Ash suka sangat momen ini, tidak tahu bagaimana nak terangkannya.

"Umi dan Abi, doakan kejayaan Ash.

"Sekian itu sahaja rahsia Tuhan dengan saya," titipnya di TikTok.

Menerusi hantaran yang lain, Ustaz Azhar turut dilihat melawat anaknya di institusi berkenaan.

Warganet mengucapkan selamat maju jaya buat Rasydan dan mendoakan agar anak muda itu akan menamatkan pengajian dengan cemerlang.

"Hebat caption awak. Sedang ada golongan anak-anak yang pertikai "berapa patutnya" ibu ayah berikan tetapi awak hadir betulkan erti sebenar anak kepada ibubapa. Semoga cemerlang dunia akhirat, kami terhutang."

"Semoga berjaya dunia akhirat."

"Insya-ALLAH selamat maju jaya, moga dipermudahkan urusan."

"Anak yang baik. Moga kejayaan menjadi milik Rasydan."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang