'Zaman kanak-kanak terhenti kala usia 6 tahun...' Bapa tabah dukung anak sakit radang otak ambil anugerah PASTI runtun hati
SEBAKNYA! Biarpun tidak lagi bermaya dan dalam keadaan uzur, murid prasekolah tetap turut dalam majlis graduasi tadika menyentuh hati warga maya.
Akibat menderita radang otak, kanak-kanak berkenaan Muhammad Aish Daniel Mohd Faizal atau Aisy kini lumpuh.
Malah, radang otak juga menyebabkan anak kecil itu tidak mampu bercakap dan bergerak.
Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook rasmi Pasti Al-Mukmin Che Lijah, Dungun, Terengganu, Aisy yang menghadiri majlis berkenaan didukung bapanya bagi menerima pada Majlis Anugerah Prestasi taska tersebut.
Bapa, Mohd Faizal Mohd Kanafi sedang mengangkat anaknya itu ke atas pentas diringi isteri yang juga merupakan ibu kepada anak kecil itu.
Ketika sedang berjalan menuju ke pentas, ibu Aisy sempat menyapu air mata manakala si bapa pula melemparkan senyuman tanda reda dan kuatnya pasangan itu.
Lebih menyayat hati alam pada itu, Pasti Al-Mukmin Che Lijah juga memuat naik satu video memaparkan perjalanan hidup Aisy sebelum disahkan menghidap radang otak.
Video tersebut memaparkan Aisy ketika sihat. Si kecil itu mampu berjalan, mengeja dan menyertai aktiviti bersama rakan-rakan di taska tersebut.
Namun segalanya berubah sekelip mata apabila Aisy disahkan menghidap radang otak pada usia enam tahun pada tahun lepas.
Si kecil itu kini tidak lagi dapat melakukan aktiviti dan hanya mampu terlantar dan banyak meluangkan masa di hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Hari ini aku hadir untuk meminjam sedikit semangat dan harapan daripada kawan-kawan. Kenangku dalam doamu," coretnya.
Bapanya seorang tukang rumah manakala si ibu pula suri rumah sepenuh masa. Keadaan kesihatan Aisy tentunya memerlukan kos rawatan dan penjagaan yang tinggi.
Warga maya mengakui tersentuh dengan keadaan yang menimpa Aisy dan tidak lupa menitipkan doa agar anak syurga itu dikurniakan kesembuhan manakala disamping kedua ibu dan bapanya diberikan kekuatan.
"Saya doakan kekuatan, kerahmatan, kesihatan dan hari-hari yang penuh barakah untuk Aisy sekeluarga. Tiba-tiba air mata jantan saya mengalir."
"Allahuakbar. Semoga dipermudah segala urusan dan ibu bapanya sabar. Semoga adik Aisy sembuh."
"Allahuakhbar. Sedihnya tengok, semoga adik Aisy kuat dan cepat sembuh."
Kepada anda yang ingin menitip sumbangan ikhlas meringankan beban mereka dalam menampung kos perubatan boleh menyalurkannya kepada akaun Commerce International Merchant Bankers (CIMB) bernombor 7627156438 (Mohd Faizal Mohd Kanafi).
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang