Zara Qairina kemungkinan dipanggil senior ke 'Mesyuarat Agung', budaya 'haram' di asrama. 'Mungkin kena ‘MA’ kerana tuduhan mencuri'

No Image Caption
A
A
A

SAKSI keenam inkues kematian Zara Qairina Mahathir, pengawal keselamatan yang dikenali sebagai Linah Mansoding @ Jaliha, 65, terus mendedahkan fakta-fakta kepada Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.

Dalam prosiding hari ini, Linah mendedahkan wujudnya budaya dikenali sebagai ‘MA’, iaitu sesi perjumpaan antara pelajar senior dan junior, di asrama perempuan arwah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar.

Menurut Linah, beliau tidak menolak kemungkinan pelajar Tingkatan Satu turut dipanggil menghadiri sesi berkenaan.

Biarpun sudah menjadi pengawal keselamatan di sekolah berkenaan sejak 13 tahun lalu, Linah pada awalnya beliau tidak mengetahui makna istilah ‘MA’, namun kemudian memahami maksudnya selepas dijelaskan oleh pelajar.

No Image Caption

Berikut pendedahkan Linah yang memberi keterangan berhubung perkara itu ketika disoal peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri:

"Saya pun tidak faham mula-mula ‘MA’ ini apa, tanya budak-budak baru mereka terangkan. Selalunya, senior panggil junior, tujuannya untuk teguran dan nasihat, tidak hormat, limpas (lalu) pun tidak senyum, itulah macam dia orang bagi nasihat kepada adik-adik. Jangan begitu, jangan begini,” katanya sambil menambah, budaya itu telah dilarang dan diharamkan.

Shahlan: Istilah ‘MA’ ini -Mesyuarat Agung kah?

Artikel Berkaitan:

Linah: Itu saya tidak tahu, saya tahu ‘MA’ sahaja.

Shahlan: Tadi, puan ada beritahu ‘MA’ ni diharamkan oleh sekolah?

Linah: Bukan dilarang di sekolah, di asrama sahaja.

Shahlan: Kenapa dilarang dan diharamkan?

Linah: Kerana pelajar senior bertindak sesuka hati. Mereka tidak dibenarkan memanggil junior sesuka hati. Kalau ada kesalahan, lapor kepada cikgu dan cikgu yang akan menasihat. Sepatutnya cikgu yang panggil, bukan senior'. Itu pun cikgu tidak tahu mereka buat begini.

No Image Caption

Shahlan: Sesi sekolah 2025 baru bermula bulan Mac, bila kali terakhir, puan dengar mengenai ‘MA’?

Linah: Macam tiada, lama sudah.

Shahla: Ada kemungkinan, Zara Qairina kena ‘MA’ disebabkan tuduhan mencuri?

Linah: Mungkin.

Difahamkan, Linah turut ditanya berapa kali beliau memberi keterangan kepada polis berhubung kes Zara Qairina, dan beliau menjawab "tujuh kali”.

No Image Caption

Imbas kembali, Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.

Pelajar Tingkatan Satu itu dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.

Pada 13 Ogos lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - Bernama

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang