Telefon awam asrama ditutup dua hari selepas insiden Zara Qairina, pengawal keselamatan dakwa ketua warden suruh 

No Image Caption
A
A
A

PENGAWAL keselamatan yang juga saksi keenam inkues kematian Zara Qairina, Linah Mansoding @ Jaliha turut mendedahkan telefon awam yang terletak di dua buah blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar, telah ditutup selama dua hari bermula 16 Julai lepas, iaitu selepas insiden membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Linah mendedahkan fakta itu kepada Koroner Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner ketika menjawab soalan peguam keluarga Zara Qairina, Shahlan Jufri.

Paling mengejutkan, pengawal keselamatan yang berusia 65 tahun itu mendakwa suis telefon berkenaan diarahkan tutup oleh ketua warden.

Berikut butiran prosising yang berlangsung pada Rabu:

Peguam Shahlan Jufri (Foto: Bernama)
Peguam Shahlan Jufri (Foto: Bernama)

Shahlan: Puan, boleh saya tahu bagaimana pelajar-pelajar di sana menghubungi ibu bapa mereka?

Linah: Mereka guna telefon awam...ada juga yang pinjam telefon saya”.

Shahlan: Mereka guna duit syiling?

Artikel Berkaitan:

Linah: "Tidak…mereka guna kad. Kalau baki dalam kad tiada, mereka terpaksa guna telefon bimbit pengawal (saya dan seorang lagi).”

Shahlan: Dalam tempoh dua hari selepas 16 Julai, adakah pelajar-pelajar sekolah itu dapat menghubungi ibu bapa mereka?

Linah: "Telefon awam ditutup selama dua hari, dua malam... sebab takut budak-budak telefon ibu bapa.”

Shahlan: Macam mana telefon awam boleh ditutup?

Linah: "Suis ditutup.”

Shahlan: Siapa yang tutup?

Linah: "Ketua warden suruh tutup.”

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Linah terdahulu memaklumkan telah menemui Zara Qairina dalam keadaan terlentang di longkang, tidak sedarkan diri dengan kesan darah pada tengkuk, kira-kira 3 pagi pada 16 Julai lepas.

Pada akhir prosiding hari ini, Koroner Amir Shah Amir Hassan memaklumkan, beliau bersama pasukan pendakwa raya, peguam dan pakar patologi Dr Jessie Hiu akan melawat lokasi kejadian di sekolah berkenaan pada jam 9.30 pagi esok.

Bagaimanapun, katanya, pengamal media tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah semasa lawatan. Prosiding akan bersambung semula di mahkamah selepas lawatan tersebut.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.

Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada jam 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan

Sumber: Bernama

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang