Zara Qairina terlentang di longkang asrama dengan tengkuk berdarah, guard sahkan tiada CCTV

No Image Caption
A
A
A

PROSIDING inkues Zara Qairina Mahathir memasuki minggu kedua terus menjadi perhatian. Memasuki hari kelima pada Rabu, pengawal keselamatan sekolah menjadi saksi keenam terus mendedahkan beberapa fakta berkaitan penemuan Zara Qairina di lokasikejadian.

Linah Mansoding @ Jaliha, 64, yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah itu sejak 2012  telah menjumpai Allahyarham Zara Qairina Mahathir terlentang di longkang dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tengkuknya berdarah, kira-kira jam 3 pagi pada 16 Julai lepas.

Linah Mansoding @ Jaliha, 65, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar sejak 1 Julai 2012. Beluau adalah pengawal keselamatan  yang bertugas dari 8 malam pada 15 Julai hingga 8 pagi, 16 Julai lepas.

Wanita berkenaan membacakan pernyataan saksinya di hadapan Koroner Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan pada hari kelima prosiding inkues berhubung kematian remaja itu. Berikut butiran berkaitan yang dilaporkan Bernama:

1-Pada hari kejadian kira-kira jam 2 pagi, dia membuat rondaan di asrama perempuan Blok Rabiatul Adawiyah dan mendapati tiada sebarang insiden luar biasa berlaku.

2-Linah bergerak ke blok asrama bersebelahan, iaitu Blok Sumayyah yang merupakan asrama perempuan untuk membuat rondaan.

No Image Caption

3-Kira-kira jam 3 pagi, semasa berada di asrama Blok Sumayyah, dia dimaklumkan oleh seorang pelajar ada seorang pelajar perempuan pengsan di longkang berhampiran Blok Rabiatul Adawiyah.

Artikel Berkaitan:

4-Linah terus bergegas ke asrama berkenaan dan mendapati seorang pelajar perempuan yang dikenali sebagai Zara terlentang di dalam longkang asrama dalam keadaan tidak sedarkan diri.

5-Dia kemudian segera menghubungi Ketua Warden Asrama, Azhari Abd Sagap dan memaklumkan mengenai kejadian tersebut sebelum mengambil sekeping gambar mangsa dalam keadaan terlentang di dalam longkang.

6-Setelah Azhari sampai di lokasi kejadian, warden lelaki berkenaan kata Linah segera menghubungi pihak hospital, dan ambulans tiba kira-kira 4 pagi. Pelajar tersebut (Zara Qairina) telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk menerima rawatan.

7-Dalam pada itu, Linah juga mengesahkan bahawa tiada sebarang kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di blok asrama berkenaan dan tiada palang besi di koridor bangunan asrama berkenaan.

No Image Caption

8-Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Linah berkata, gambar mangsa yang diambilnya menggunakan telefon bimbit telah dihantar kepada empat guru dan ketua warden menerusi aplikasi WhatsApp.

9-Telefon itu kemudian diambil oleh pihak polis pada hujung Julai lepas untuk membantu siasatan kes.

10-Semasa disoal peguam Shahlan Jufri yang mewakili keluarga Zara Qairina, saksi berkata, dia mengetahui mangsa ialah Zara Qairina kerana "memang sudah biasa dengan budak-budak di sana".

Shahlan: Tadi, puan ada cakap seorang pelajar memberitahu mengenai kejadian itu. Boleh beritahu apa yang dia katakan?

Linah: Budak itu cakap, "Aunty, aunty, ada budak pengsan … saya pergi dekat tapi saya tak mahu pegang (mangsa) … saya takut … dia tidak sedarkan diri tapi masih bernafas."

11-Tambah Linah, ketika kejadian, kesemua pelajar di asrama masih tidur.

'Pelajar itu kelihatan takut. Saya tanya siapa yang pengsan, tetapi dia (pelajar) beritahu tidak dapat cam sebab dia rabun' - Linah

12-Menceritakan lebih lanjut, wanita itu berkata, dia menghubungi Ustaz Azhari kerana tidak mempunyai nombor telefon Ketua Warden yang baharu, dikenali sebagai Cikgu Anis.

Peguam Shahlan Jufri
Peguam Shahlan Jufri

Shahlan: Masa Ustaz Azhari sampai, apa yang dia cakap?

Linah: Dia cakap, astaghfirullah al-Azim … kenapa ini? Saya cakap, saya pun tidak tahu Ustaz, saya sampai … dia jatuh sudah.

14-Linah memberitahu, Ustaz Azhari menelefon beberapa cikgu wanita dan kemudiannya empat cikgu wanita dan pengetua sekolah tiba di lokasi kejadian dan mereka juga bertanyakan mengenai insiden berkenaan.

Prosiding inkues berkenaan yang berlangsung di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan akan bersambung esok.

Sekadar info, Zara Qairina, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.

Pelajar berusia 13 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada jam 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis.

Terdahulu, pada 8 Ogos, AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan. - Bernama

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang