Kontemporari, sederhana, sopan dan elegan, Secret Modest tampil pelbagai jenama lokal sentuhan premium

A
A
A

KONTEMPORARI, sederhana, sopan dan elegan, Secret Modest tampil pelbagai jenama lokal sentuhan premium.

Pengikut fesyen tanah air pasti mengenali siapa Datuk Asfarena Samion Mon. Wanita yang memiliki 26 tahun kemahiran dalam bidang jahitan itu memang dikenali sebagai seorang yang tidak pernah kering idea. Terkini, beliau muncul dengan idea dan konsep baharu dengan menampilkan rekaan sederhana (modest) dan kontemporari.

Diilhamkan daripada minatnya sendiri, koleksi yang diberi nama Heritage Couture itu memperlihatkan penggunaan batuan kristal atau batu permata yang menghiasi permukaan pakaian.

Kali ni, batuan kristal jenis Tiger’s Eye atau Rhodochrosit menjadi antara pilihan Asfarena.

Menyasarkan kelompok wanita yang gemarkan gaya santai, tetapi tetap elegan, kardigan labuh dan blaus boleh dijadikan pilihan. Kedua-dua rekaan tersebut hadir dalam variasi rona seperti merah jambu gelap (dusty pink) hitam dan coklat lembut (brown beige).

"Kebiasaannya kita sering melihat individu mengenakan batu permata atau kristal sebagai aksesori rantai mahupun gelang tangan. Namun, kali ini saya ingin memperluaskan penggunaannya kepada pakaian pula.

"Secara peribadi, saya memang seorang yang meminati perhiasan ini kerana ia memiliki tarikan dan mampu memberikan semangat tersendiri," terang beliau ketika ditemui pada majlis Pertunjukan Fesyen Secret Modest di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Asfarena berkata, teknik jahitan tangan yang digunakan untuk meletakkan batu-batu kristal pada permukaan pakaian merupakan cabaran terbesar baginya.

Menyasarkan kelompok wanita yang gemarkan gaya santai, tetapi tetap elegan, kardigan labuh dan blaus boleh dijadikan pilihan. Kedua-dua rekaan tersebut hadir dalam variasi rona seperti merah jambu gelap (dusty pink) hitam dan coklat lembut (brown beige).

"Secara kasarnya sehelai baju memerlukan sekitar sehari atau dua hari mengikut corak berbeza. Teknik jahitan jelujur belakang digunakan bagi memastikan batu tersebut tidak mudah tertanggal, tahan lasak dan kemas,” jelasnya.

Menariknya tentang wanita ini, beliau turut menggabungkan beberapa jenama tempatan lain yang mengetengahkan ciri-ciri rekaan sederhana yang dinamakan sebagai Secret Modest.

Antara label yang bergabung di bawah Secret Modest ialah Casalwa, Elrania Exclusive, Zabell, I-Stitch by IKBN (Institut Kemahiran Belia Negara) dan Pendeta.

Kerjasama

Mengulas lanjut, Asfarena berkata, Secret Modest merupakan idea rekaan dan kreativiti yang dihasilkan 100 peratus daripada pengkarya tempatan.

Sebenarnya, ia telah dilancarkan pada tahun 2019, namun disebabkan penularan virus Covid-19, hasrat tersebut terpaksa ditunda.

Biarpun mengambil masa sekitar tiga tahun untuk dipasarkan, wanita itu tetap berasa puas kerana mampu menjalinkan kerjasama dengan pereka baharu seperti Tuan Daqmie.

"Permintaan tinggi terhadap penghasilan pakaian modest membuatkan saya memilih untuk bekerjasama dengan beberapa pereka lain.

"Bukan sahaja membantu produk tempatan, bahkan dapat menjana pendapatan bersama. Kesemua pereka fesyen ini dipilih berdasarkan ‘daya penceritaan’ rekaan dan penghasilan pakaian masing-masing.

"Tambahan, kesemua pakaian dihasilkan sendiri oleh warga tempatan seperti di Kedah dan Terengganu serta ia meliputi rekaan termasuk pembuatan,” terang beliau.

Fesyen dalam lagu

Dalam pada itu, menjadi pereka pakaian lelaki tunggal dalam Secret Modest, Tuan Daqmie berkata, beliau amat menitikberatkan soal keselesaan.

Bukan sahaja mudah untuk bergerak ke sana ke mari, setiap helaian yang dihasilkan turut sesuai dipakai ketika menunaikan solat.

Bersesuaian dengan 'idealogi' itu, beliau menghasilkan kurta potongan longgar dan seluar berlipat pelekat seakan-akan pakaian pahlawan Melayu lama yang diberi nama Pendeta.

BACA LAGI Terjemahan fesyen elegan, berani dan di luar kotak Kel Wen dalam Behati

BACA LAGI Transisi bahan kitar semula jadi fesyen

"Awalnya saya takut untuk menceburi bidang fesyen kerana lebih tertumpu kepada muzik dan penghasilan lagu. Namun, saya menyahut cabaran dan cuba menterjemahkan ‘ritma dan lagu’ ke atas pakaian.

"Idea menghasilkan pakaian ini (kurta) tercetus apabila saya membuat persembahan di luar negara. Masyarakat beragama Islam di sana bertanyakan di mana untuk mendapatkan kurta memandangkan ia sangat sesuai dipakai ketika bersolat," katanya yang menggunakan teknik batik eko dari negeri Kedah dalam merealisasikan koleksi Pendeta.

Permintaan tinggi terhadap penghasilan pakaian modest membuatkan saya memilih untuk bekerjasama dengan beberapa pereka lain.

 

Kaedah berkenaan menggunakan bahan asli seperti daun kering atau ranting untuk menghiasi permukaan kain. Terdapat pelbagai jenis cara boleh dilakukan seperti merendam daun ke dalam bahan campuran khusus sebelum disusun ke atas kain.

Kemudian diletakkan sehelai kain di atas daun agar proses mengetuk atau menghancurkan daun dapat dilakukan secara sekata, sebelum diteruskan dengan teknik selanjutnya. Kebiasaannya daun pokok ceri, daun belimbing atau daun pokok jati akan digunakan.

Kepada pembaca yang berminat untuk mendapatkan himpunan Secret Modest daripada pelbagai jenama, ia juga dijual secara dalam talian. -NURUL FADILA AWALUDIN

INFO

Jenama: Secret Modest

Pengasas: Datuk Asfarena Samion Mon

Harga: RM159 danke atas

Koleksi: Heritage Couture, Pendeta, Nature Style Creation (I-Stitch by IKBN), Mentari & Dang Anom (Casalwa), Flare Blaouse & Long Top Panel (Zabell) dan Meerwa (Elrania Exclusive)

Alamat: G-06B, Ground Floor, Sanctuary Mall, Persiaran Eco Sanctuary, 8/3 Eco Santuary 42500 Telok Panglima Garang, Selangor,

Media sosial:

Instagram : @Secretmodest.co

Facebook : SecretModest

Laman web: www.secretmodest.my

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca